PERMATA DUNIA.

BAHASA MELAYU part 3





Pengaruh Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit, bahasa perantara agama Hindu dan Buddha, telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting,dijumpai di:

    Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
    Talang Tuwo, Palembang (684 M)
    Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
    Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).

Selain itu antara faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara untuk memperoleh kemegahan. Keadaan ini menyebabkan pinjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana ianya dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.

Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu:

Bahasa Sanskrit     Bahasa Melayu
bhasa                     bahasa
malaiu                    Melayu
akasa                    angkasa
samudara              samudra
maha                    maha
raja                      raja
bhumi     bumi
putera     putra
nagara     negara
nagari     negeri
agama     agama
anka     angka
vaca     baca
bhagya     bahagia
vamsa     bangsa
balya     belia
varta     berita
buddhi     budi
chaya     cahaya
cakra     cakra
dosa     dosa
dukkha     duka
deva     dewa
rupa     rupa
samsara     sengsara

 
Pengaruh Bahasa Jawa
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:

    Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
    Pengaruh melalui interaksi sosial dan ekonomi

Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. ceritanya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh didapati di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.
perpindahan orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, perpindahan orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan perpindahan Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.
Pertembungan orang tempatan yang menggunakan bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menggunakan bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana perpindahan orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
Perkataan          Maksudnya
Andong           Kereta kuda(sewaan)
Batok            tempurung
berangasan            mudah naik marah
wedana          ketua daerah
adipati              raja
 
Pengaruh Arab-Islam
Bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan tidak dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya:
1- perbendaharaan kata
2- sebutan kata
3- tulisan

1- Perbendaharaan Kata

Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
Bahasa Arab     Bahasa Melayu
Abba                Abah
Syukr               Syukur
Jadwal             Jadual
Qamus            Kamus
Subh               Subuh
Waqtu            Waktu
Hayawan        Haiwan
Wajh             Wajah
Aqal              Akal
Dunya           Dunia
Mahkamah     Mahkamah
Asal              Asal
Mas'alah      Masalah
Hadyah        Hadiah
Sadaqah       Sedekah
Mawt           Maut
Quwat          Kuat
Janin            Janin
Kitab           Kitab
2- Sebutan Kata
Pengaruh Arab-Islam memberi kesan yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula digunakan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul.
Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (iaitu orang-orang Melayu) dengan penutur bukan asal (seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab.
Contoh-contoh perkataan yang berbeza sebutan antara sebutan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu:
Abdullah
maklumat
iklan
qadhi
3-tulisan
Kedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran.
perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak boleh membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *