PERMATA DUNIA.

BAHASA MELAYU part 4

 
Pengaruh Bahasa Cina
Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel C, ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Tapi bukan semua kata-kata yang berlabel C dalam Kamus Dewan Bahasa merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Dalam kajian kong 1993, telah menyimpulkan bahawa lebih kurang 261 kata patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada Bahasa Cina.
Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu:

    Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan.
    Barang kegunaan harian.
    Adat istiadat.
    Bangunan dan tempat.
    Permainan perjudian dan kepercayaan
    Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial.
    Kenderaan dan alat pengangkutan.
    Perkataan lain-lain.

Kajian ini juga dilakukan oleh Mashudi dan Yeong pada tahun 1989. Hasil kajian mereka mendapati terdapat lebih kurang 341 patah perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Cina. Kajian melihat pada fonologi perkataan Bahasa Melayu tersebut. Sistem fonologi kata asli Bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata Bahasa Cina.
Antara kata Bahasa Cina yang dipinjam dalam Kamus Dewan Bahasa ialah:

Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan harmoni vokal
        Anglo
        Apek
        Cingge
        Kaleng
        Kongsi
        Lio
        Liong
        Lisong
        Lokcuan
        Mahjong
        Panglong
        Singkong
        Taikong

Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan rangkap nasal homorgan
        Angpau
        Bangpak
        Camca
        Kamsia
        Samsu
        Samseng

Pinjaman kata Bahasa Cina yang tidak berlaku reduksi vokal
        Beca
        Camca
        Kekwa
        Nyonya
        Popia
        Misoa
        Mua
        Sempoa
        Taukua

Pinjaman kata Bahasa Cina yang mengalami nasalisasi vokal
        Popia
        Misoa
        Sempoa
        Siya
        Taukua

fonologi pinjaman kata Bahasa Cina adalah bertentangan sistem fonologi bahasa Melayu

 
Pengaruh Portugis
Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu adalah:
Bahasa Portugis     Bahasa Melayu
Armario                     Almari
Bola                          Bola
Camisa                    Kemeja
Dado                       Dadu
Kursi                       Kerusi
Garfo                      Garpu
Igreja                      Gereja
Limao                     Limau
Menteiga                Mentega
Domingo                 Minggu
Padre                     Paderi
Toalha                    Tuala
Janela                     Jendela
Escola                    Sekolah
Sabado                  Sabtu
Sabao                    Sabun
Sapato                   Sepatu
 
Pengaruh Inggeris
Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khas merujuk kepadanya. Contoh perkataan seperti ini adalah konotasi (connoctation), kompromi (compromise) dan siri (series). Tetapi bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media cetak dalam bahasa Melayu di Malaysia seperti  akhbar Utusan Malaysia telah mengeruhkan lagi masalah ini. Satu satunya kenyataan terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia,tun dr Mahathir bin Mohammad meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan satu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukannya belanja semata-mata.
Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi dan digunakan secara meluas dan dianggap telah diterima.

Bahasa Inggeris     Bahasa Melayu
Book                          Buku
Lamp                         Lampu
Ball                            Bola
Mind                         Minda
Cheque                     Cek
Bus                           Bas
Taxi                          Teksi

Beberapa tahun (sekitar 2003) stesen televisyen milik kerajaan  RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa -tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu lain, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke Saluran Inforia.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *