BAHASA MELAYU part 2
7:32:00 PMPerbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia
sukar untuk dibezakan antara bahasa Melayu Piawai dan bahasa Indonesia kerana bahasa Indonesia sendiri berdasarkan kepada bahasa Melayu dialek Riau yang merupakan bahasa Melayu Piawai. Namun, jika dibezakan daripada segi sejarah, budaya,tata bahasa masing-masing, dengan bahasa Malaysia jelas ada perbezaan yang ketara. Kedua-duanya boleh memahami antara satu sama lain, tetapi berbeza dari segi ejaan dan kosa kata juga. Bahasa Indonesia berbeza daripada Bahasa Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Tanah Jawa, Tanah Melayu, dan Beland.
sejarah bahasa melayu
Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidik dengan mendalam.Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti sahih yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat dari tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihidi Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi
di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi
di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.
Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu
Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah
Menurut beberapa teori, pengguna-pengguna bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara.Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro.
Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu:
bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara)
bahasa-bahasa Polinesia, seperti bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Maori
bahasa-bahasa Melanesia, seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian
bahasa-bahasa Mikronesia, seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.
Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan kepada 16 golongan tertentu, antaranya:
Golongan Filipina: seperti bahasa-bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, dan Sulu
Golongan Sumatera: seperti bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut
Golongan Jawa: seperti bahasa-bahasa Sunda, Jawa, dan Madura
Golongan Kalimantan: seperti bahasa-bahasa Iban, Kenya Kayan, dan Melanau
Golongan Bali-Sasak: seperti bahasa-bahasa Bali, Sasak, dan Sumbawa
Golongan Sulawesi Selatan: seperti bahasa-bahasa Makasar, Bugis, dan Seko
Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: seperti bahasa-bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.
Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tiada hubungan dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu
Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah lama dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.
Perkembangan Bahasa Melayu
Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan pengguna bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden
Perubahan skrip Penulisan Bahasa Melayu Sehingga Kini
Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:
Tulisan Rencong.
Tulisan Pallava.
Tulisan Kawi.
Tulisan Jawi
Tulisan Rumi
Pengaruh daripada bahasa asing
Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya