PERMATA DUNIA.

hebatnya seorang wanita!!!

Jika kita mengkaji kisah-kisah para wanita di zaman Rasulullah s.a.w, kita akan dapati mereka adalah wanita-wanita Islam yang sangat hebat. Zaman Rasulullah s.a.w dikenali sebagai zaman generasi Quran yang unik.


Keunikan ini tidak hanya terbatas kepada kaum lelaki Islam, bahkan di kalangan wanita Islam juga tertonjol keperibadian yang cemerlang yang sukar kita lihat pada kebanyakan wanita Islam pada hari ini. Apa uniknya pada mereka dan tidak pada kita? Mereka ini adalah wanita yang sangat berani menyatakan kebenaran, proaktif, pandai berhias dan melayani suami, sabar dan tenang, kuat tubuh badan, bijaksana, lantang menyatakan pandangan sesuai dengan masa dan ketikanya, mampu mengawal emosi, malu dan sebagainya.

Wanita sering dikaitkan dengan emosi dan perasaan. Bahkan ia adalah fitrah seorang wanita yang mana jika didorong oleh iman dan akal yang waras ia akan menjadi rasional. Sebaliknya jika didorong oleh nafsu, maka binasalah ia. Namun dunia hari ini penuh dengan cabaran dan tekanan hingga menjadikan wanita sukar untuk mengawal emosi. Contohnya tekanan di tempat kerja dan anak meragam menjadikan kita rasa cepat marah dan kurang sabar terutamanya ketika penat dan sibuk. Mari kita lihat contoh seorang sahabiah yang mampu mengawal emosinya dalam berhadapan dengan ujian.

Secara ringkasnya, kisah Ummu Sulaim, seorang wanita yang amat teguh pendiriannya terhadap Islam. Ini dapat dilihat apabila suami pertamanya mengajak beliau kembali kepada agama yang asal dan beliau enggan berbuat demikian sehingga sanggup berpisah dengan suaminya. Setelah suaminya meninggal dunia, beliau telah dilamar oleh Abu Talhah yang mana pada ketika itu Abu Talhah belum memeluk Islam. Abu Talhah telah meminangnya dengan mahar emas dan perak. Lantas wanita hebat ini berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam. Sekiranya engkau terima, maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”. Akhirnya Abu Talhah bersetuju dan berkahwin dengan beliau.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau dikurniakan seorang anak bernama Abu Umair. Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”.

Kemudian Ummu Sulaim dengan tenangnya berbicara, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan kaedah yang menarik. Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya.

Selain itu, kita dapati wanita-wanita Islam di zaman itu, hebat dalam menyuarakan pandangan mereka apabila seorang sahabiah bertanya Rasulullah s.a.w, tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan pahala jihad sedangkan mereka tidak dibenarkan untuk keluar berjihad sepertimana kaum lelaki.

Satu lagi kisah menarik adalah seorang sahabiah Khaulah binti Tha’labah bertegas untuk mendapatkan haknya apabila beliau tidak mahu berganjak selagimana Rasulullah s.a.w tidak putuskan sesuatu dalam isu rumahtangganya iaitu zihar. Begitu juga Saidatina A’isyah r.a terkenal dengan kebijaksanaannya terutamanya dalam meriwayatkan hadith dan mengajar kepada kaum muslimin

Begitu juga halnya dalam urusan jihad. Ketangkasan Khaulah Azwar telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang bangsa Rom. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. Dalam perang Uhud pula, Nusaibah menjadi perisai Rasulullah s.a.w yang sanggup menjadikan tubuhnya sebagai sasaran musuh-musuh Allah. Kekentalan Sumayyah dalam mempertahankan imannya sehingga beliau memilih kesakitan di dunia berbanding keperitan neraka. Beliau terkenal dalam sejarah umat Islam sebagai wanita pertama yang syahid.
 

Setelah kita melihat beberapa contoh di atas, kehebatan mereka bukanlah disebabkan mereka ini memang semulajadi hebat semata-mata. Tetapi, kehebatan mereka ada faktor dorongan yang menjadikan mereka ini bertambah hebat. Faktor yang utama adalah keimanan yang mantap dalam jiwa mereka serta jati diri yang tinggi terhadap Islam sehingga terserlah kepada keperibadian mereka dalam kehidupan. Kita amat yakin bahawa akhlak seseorang itu samada mulia atau buruk adalah cerminan dan penzahiran kepada iman seseorang. Tujuan Rasulullah s.a.w diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Ini dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w

“Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45 dan beliau menshahihkannya).

Apabila iman yang mantap sebati dengan fitrah, kemampuan, dan tanggungjawab seorang wanita akan melahirkan wanita yang hebat dan cemerlang. Neraca dan nilaian seseorang itu hebat bukan disebabkan cemerlang dalam kerjayanya mendapat pangkat yang tertinggi, atau mempunyai harta yang banyak atau kata-katanya berjaya mempengaruhi ramai manusia atau cemerlang dalam mengurus rumahtangganya dan sebagainya. Tetapi selagimana ia tidak disulami dengan erti iman dalam apa jua niat, perkataan dan perlaksanaa, hakikatnya ia tidak bernilai dan hanya bersifat sementara walaupun pada pandangan manusia ia hebat.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *