PERMATA DUNIA.

Gerakan murtad wujud di Malaysia!!

NUSAJAYA – Gerakan memurtadkan masyarakat Islam tidak dinafikan wujud di negeri ini berikutan hasil aduan yang diterima oleh Jabatan Agama Islam negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bagaimanapun gerakan tersebut sukar dikesan kerana membabitkan kumpulan kecil.

“Surat layang yang diterima mengatakan gerakan berkenaan dijalankan di hotel-hotel tertentu, namun apabila disiasat hotel yang dikatakan tidak wujud sama sekali.
“Justeru, sukar untuk kita mengambil tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh, namun sekiranya terdapat bukti kukuh, kita akan siasat supaya memberi keadilan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani-Pas, Dr Mohamad Taslim di Persidangan Dewan Negeri Johor di sini, semalam.

Terdahulu, menjawab soalan dikemukakan Adun sama, Zainal Abidin berkata, sebanyak 41 aduan berkaitan permohonan murtad di seluruh negeri ini diterima sehingga kini sejak 1998 dan daripada jumlah itu, 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah, manakala 31 kes lagi diberikan bimbingan dan kaunseling.

Menurutnya, empat daripada 10 kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah ditolak dan enam lagi masih dalam perbicaraan.

“Bagi 31 aduan diterima, 21 kes adalah di Johor Bahru; empat kes masing-masing di Muar dan Batu Pahat serta dua kes di Segamat.

“Antara sebab mereka membuat permohonan untuk murtad termasuk kegagalan dalam percintaan atau perkahwinan iaitu ingin kembali kepada agama asal, selain alasan dipelihara keluarga bukan beragama Islam sejak kecil,” katanya.

Tambahnya, terdapat 41 aduan berkaitan permohonan murtad di negeri ini, daripada jumlah tersebut, hanya 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah manakala selebihnya diberikan bimbingan dan kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

kredit:Sinar

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *