PERMATA DUNIA.

kebenaran nabi musa membelah laut dari sudut sains


satu kajian oleh sepasukan penyelidikan yang diketuai saintis carl drews dari pusat penyelidikan atmosfera nasional di sini mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
kitab al-quran menceritakan bahawa nabi musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum bani israel terperangkap di antara pasukan tentera firaun yang sedang mara dan laut du hadapan meraka.
kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno delta sungai nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai tasik tanis di selatan laut mediterranean dekat laut merah dan satu cawangan sungai nil
kini dengan menggunakan simulasi komputer,saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut terbelah dua melaluai proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8km sejam selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu.
selama empat jam tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2km dan selebar 4.8km
sejurus selepas angin timur reda,air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh jurnal public library of science one

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *