PERMATA DUNIA.

Angka Korban Akibat Minum Minuman Keras Meningkat!!

Calcutta – Pasukan perubatan di Bengal Barat terpaksa bergelut bagi menyelamatkan nyawa 195 orang yang kini kritikal selepas minum samsu haram yang setakat ini telah meragut 169 nyawa.

Sehingga kini hospital tempatan masih dikunjungi mangsa samsu haram itu yang mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdormal dan rasa terbakar di bahagian dada.

Keadaan ini memaksa cuti doktor serta kakitangan perubatan dibatalkan dan mereka juga terpaksa bekerja lebih masa bagi merawat pesakit yang semakin bertambah.
Namun kekurangan ubat-ubatan telah menyebabkan doktor di hospital meminta pesakit membeli ubat di luar dan keadaan ini membebankan mereka kerana sebahagian besar pesakit adalah golongan miskin.

Dalam kejadian Selasa lalu, 169 penduduk terkorban selepas mereka minum samsu haram di 24 daerah di sini,.

Sejak kejadian, seramai 364 pesakit telah dimasukkan ke hospital.

Dijangkakan lebih ramai yang menjadi mangsa samsu haram ini namun mereka takut untuk mendapatkan rawatan di hospital, bimbang ditahan pihak berkuasa.

Setakat ini, 13 orang telah ditahan.

Kerajaan turut mengarahkan siasatan yang menjurus kepada aspek jenayah dijalankan dan daripada sampel samsu yang diambil, pihak berkuasa mengesan methanol di dalam badan 20 mangsa.

Methanol kadang kala digunakan sebagai bahan bakar.

Sementara itu, Ketua Menteri, Mamata Banerjee mengumumkan pampasan kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi minuman keras berkenaan.

Beliau turut mengarahkan tindakan keras diambil ke atas pengeluar dan penjual samsu haram berkenaan.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *