Fenomena Musytari Nampak Jelas Di Kota Kinabalu
2:36:00 PMNamun pada 14/10/2011, planet berkenaan boleh dilihat jelas dengan mata kasar oleh orang ramai khususnya di Kota Kinabalu.
Imej planet Musytari ini dirakam di ruang angkasa Kota Kinabalu pukul 12 tengah malam tersebut.
Planet itu jelas kelihatan dengan cahaya amat terang di bahagian kanan bulan.
Musytari adalah planet terbesar dalam sistem solar, 318 kali lebih besar dari Bumi.
Ketika ini, planet itu dalam kedudukan paling dekat dengan Bumi iaitu kira kira 628 juta kilometer.
Selain bulan dan planet Zuhrah, Musytari adalah objek ketiga paling terang dalam sistem solar.
Fenomena yang jarang berlaku ini dijangka berterusan malam ini, jika cuaca mengizinkan.