Laluan Udara Dikawal Secara Sistematik
2:08:00 PMNamun menurut laporan Priyatharisiny Vasu, tidak ramai sedar laluan udara juga perlu dikawal secara sistematik.
Ini, senario trafik udara di seluruh dunia, diambil melalui satelit.
Ternyata, laluan udara tidak kurang sesaknya.
Berbeza dengan polis trafik yang lebih menggunakan tenaga fizikal, tugasan pengawal trafik udara lebih menjurus kepada tumpuan dan kewaspadaan dalam memastikan laluan udara berada dalam keadaan lancar dan selamat. Malah sedikit kecuaian boleh mengundang risiko bukan sekadar satu atau duan nyawa tetapi ratusan.
Di negara ini, ruang udara terbahagi kepada 5 sektor laluan dan ia dikawal hanya berpandukan radar.
BALASUBRAMANIAM MUTTAYA / PENGARAH PUSAT KAWALAN TRAFIK UDARA KUALA LUMPUR
Pegawai udara trafik menggunakan isyarat seperti kanan, kiri, roger kokpit. Sekiranya pegawai tidak fasih memberikan arahan kepada juruterbang, nahas pesawat dikhuatiri akan berlaku.
Jabatan Penerbangan Awam harus mengawal dan memberi koordinasi kepada sekurang-kuranganya 2,200 pesawat sehari.
Dan menjelang musim perayaan, ia meningkat sehingga 2,500 pesawat sehari.
DATUK AZHARUDDIN A RAHMAN / KETUA PENGARAH JABATAN PENERBANGAN AWAM
Dia tak de cuti, walaupun waktu perayaan, walaupun musim puasa, buka puasa disini. Mereka berhari raya kat sinilah. Dan oleh kerana pattern shift yang ada sekarang seorang hanya dapat cuti sekali dalam 5 tahun
.