PERMATA DUNIA.

Rakyat kita paling ramai layari web songsang

SHAH ALAM: Membimbangkan apabila Malaysia negara ketiga di Asia mempunyai bilangan pengguna aktif laman web gay berpusat di Amsterdam selepas Filipina dan India.
Bilangan pengguna aktif laman web itu di Malaysia juga lebih ramai berbanding negara mengamalkan seks terbuka seperti United Kingdom yang menduduki tangga ke-11 dan Amerika Syarikat di tangga ke-12.
Laman web antarabangsa sememangnya tidak asing lagi di kalangan kaum gay itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah, majalah dan khidmat teman sosial.
Selain itu laman web golongan itu dilayari hampir 10,000 pengunjung sehari turut menyenaraikan kelab khusus golongan gay dari luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.
Ia turut menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon. Golongan terbabit boleh memuat turun aksi mengghairahkan dan berinteraksi dengan ahli secara langsung.
Hasil tinjauan dijalankan mendapati Malaysia menduduki tangga ke lapan daripada 28 negara dengan 29,330 pengguna aktif.
Angka itu membimbangkan kerana di Malaysia saja, Kuala Lumpur mencatatkan bilangan pengguna paling ramai iaitu 13,415 diikuti dengan Selangor 4,315.
Hasil penyamaran wartawan Harian Metro selama beberapa hari menjadi ahli laman web terbabit mendapati purata 10 lelaki Malaysia berdaftar ahli baru setiap minggu.
Tinjauan mendapati pelbagai tajuk menjadi perbincangan pengunjung laman web berkenaan antaranya pesta seks malam, kumpulan gay KL, pelancongan gay, gay universiti dan pelbagai isu lain menjadi topik hangat gay seluruh penegara.
Mengulas masalah akhlak itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, meminta golongan bernafsu songsang itu supaya bertaubat segera kerana apa yang dilakukan mereka itu adalah amalan kaum Nabi Luth yang dimusnahkan dengan bencana mengerikan dan dahsyat.
“Allah jadikan lelaki dan perempuan hidup berpasangan, mengapa perlu langgar ketetapan Allah? “Perkara ini jelas tidak mendatangkan kebaikan dan Rasulullah pernah bersabda, barang siapa mengamalkan kehidupan kaum Nabi Luth, hukumnya adalah bunuh,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.
Beliau berkata, perbuatan songsang itu wajar dikenakan hukuman dan bukan semata-mata perlu diberi dakwah saja.
“Selayaknya perkara ini dikuatkuasakan kerana di dalam hukum Islam, hukumannya bunuh. Saya percaya, bala Allah akan turun kepada kaum yang mengamalkan kehidupan songsang,” katanya.
Sementara itu seorang lelaki dikenali sebagai Edi, 20-an yang juga bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta berkata dia mendaftar di laman web itu selepas dipengaruhi rakan yang mendakwa mudah mencari ‘teman lelaki’.
“Bukan susah pun nak ‘jual diri’, hanya berbekalkan wajah yang tampan dan jambu, seseorang itu sudah boleh ‘cari makan’.
“Kebanyakan berdaftar dalam laman web itu juga bukan calang-calang orang. Ada yang bekerja sebagai pensyarah, ahli perniagaan, dan sebagainya. Jika dapat rapat dengan mereka, untunglah sebab golongan ini sanggup berbelanja besar untuk pasangannya,” katanya ketika ditemui di sebuah restoran di Klang, baru-baru ini.
Harian Metro

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *