setem termahal di dunia
1:20:00 AM
ini adalah antara 7 setem termahal di dunia buat masa sekarang..
1. The Three-Skilling Yellow
The Three-Skilling Yellow, adalah setem salah cetak terbitan pemerintah Sweden dicetak pada tahun 1855. Three-Skilling Yellow adalah salah satu setem yang limited dan hanya satu sahaja yang wujud.Tahun 1984 setem ini di jual pada harga 977500 Swiss francs oleh David Feldman. Tahun 1990 penjualannya mencapai angka satu juta dolar US, kemudian tahun 1996 dijual seharga $2.3 juta. Dan setiap kali dijual selalu mencatat rekod tertinggi sebagai sebuah setem termahal di dunia.
2. The First Two Mauritius
The First Two Mauritius stamps (1847) adalah dua siri setem pertama yang diterbitkan oleh kerajaan Inggeris. Hanya terdapat sekeping setem pertama dengan keadaan belum digunakan dan tiga keping setem kedua juga dengan keadaan belum di gunakan. Tahun 1993 David Feldman melelong setem Mauritius milik Hiroyuki Kanai dengan rekod tertinggi.setem pertama yang berwarna orange terjual pada harga $1,072,260 dan yang kedua pada harga $1,148,850.
3. The Inverted Jenny
The Inverted Jenny adalah setem Amerika pada tahun 1918 bergambar pesawat Curtiss JN-4 dan ianya tidak sengaja dicetak secara terbalik. ini mungkin adalah setem salah cetak paling terkenal di dunia . Hanya 100 setem salah cetak yang wujud, membuatnya menjadi salah satu setem salah cetak paling berharga. Satu blok penuh setem inverted Jenny dijual pada lelong Robert A. Siegel bulan Oktober 2005 pada harga US$2.7 juta. Dan bulan November 2007 sekeping setem inverted Jenny terjual pada harga US$977,500. Desember 2007 sekeping setem mint (unused/belum dipakai) dengan keadaan baik sekali dijual kepada seorang eksekutif Wall Street pada harga $825,000.
4. British Guiana One Cent Black on Magenta
British Guiana One Cent Black on Magenta (1856) adalah termasuk setem yang limited dan termahal. setem dicetak di atas kertas kualiti rendah berwarna magenta dengan dakwat hitam.Diketahui hanya ada sekeping yang wujud di seluruh dunia, jadi setem ini unik dan tidak ada lainnya lagi yang pernah ditemui. Tahun 1980 telah dilelong kepada John Dupont pada harga $935,000.
5. U.S. Franklin Z-Grill
U.S. Franklin Z-Grill, 1867. Ini adalah setem paling limited dari semua setem Amerika Syarikat, hanya ditemui 2 keping yang masih wujud. Tahun 1988 sekeping setem Z-Grill 1 cent tahun 1868 terjual pada harga $930,000.
6. Hawaiian Missionaries
Hawaiian Missionaries, 1851 adalah setem pertama Hawaii. Kerana Hawaiian Missionaries dicetak secara kasar dengan kertas yang nipis dan berkualiti rendah, hanya beberapa keping setem saja yang dapat diselamatkan dan merupakan setem yang sangat limited. huruf pada setem terendah iaitu 2 cent tahun 1851 adalah yang paling limited dari keseluruhan siri, dan hanya terdapat 16 keping sahaja. sekeping setem Missionary 2 cent dengan keadaan belum digunakan berharga $760,000 dan yang terpakai berharga $225,000.
7. The Penny Black
The Penny Black, adalah setem rasmi pertama di dunia, diterbitkan kerajaan Inggeris pada 1 Mei 1840 dan mulai digunakan pada 6 Mei 1840. The Penny Black sebenarnya bukanlah setem yang limited tetapi termasuk setem termahal. Sekeping setem Penny Black belum dipakai menurut katalog Scott tahun 2001 berharga $3,000 dan sudah dipakai berharga $180.