PERMATA DUNIA.

laman web israel digodam


Laman sesawang rasmi pasukan tentera dan perkhidmatan risikan Israel tidak dapat beroperasi seperti biasa, kelmarin selepas menerima ancaman daripada kumpulan penggodam yang berang dengan tindakan negara Yahudi itu kerana mengenakan sekatan maritim terhadap dua kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Jumaat lalu.
Masalah tersebut didakwa mula dikesan dua hari selepas sebuah video berjudul ‘Surat terbuka daripada Anonymous kepada kerajaan Israel’ dimuat naik oleh kumpulan itu ke dalam laman YouTube.
Rakaman video tersebut turut mengkritik tindakan Israel yang dianggap tidak lagi relevan kerana menyekat perjalanan kapal layar Tahrir dan Saoirse dari Turki yang membawa aktivis pro-Palestin menuju ke Gaza.
“Jika Israel terus mengenakan sekatan haram ke atas mana-mana kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza atau mengulangi semula tindakan tidak berperikemanusiaan seperti yang berlaku terhadap kapal Mavi Marmara pada 31 Mei, tahun lalu, maka kami (Anonymous) tidak akan teragak-agak untuk menyerang kembali,” menurut kandungan video tersebut.
Bagaimanapun, jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi laman blog mikro, Twitter menyangkal dakwaan gangguan tersebut adalah angkara perbuatan penggodam sebaliknya ia kononnya berpunca daripada masalah teknikal dalam sistem.
Sebelum ini, kumpulan Anonymous didakwa terlibat dengan beberapa siri serangan siber di beberapa negara.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *