PERMATA DUNIA.

teman wanita menanggung aib!teman lelaki horeeyyy!!!

Sikap segelintir remaja wanita yang hamil luar nikah tidak mahu melibatkan teman lelaki ketika ditahan dan didakwa menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti bapa kepada bayi dilahirkan.

Akibatnya hanya si ibu yang akan berhadapan dengan hukuman setelah dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ketua Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Jelebu, Nur Hairin Khamis berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya menerima tiga aduan kes hamil luar nikah.

“Dua daripadanya sudah diambil tindakan, manakala satu kes lagi masih di dalam proses siasatan dan tindakan.

“Kita akan menahan wanita tersebut dan membawanya mendapatkan pemeriksaan kesihatan sebelum dituduh di mahkamah,” katanya.

Nur Hairin berkata, ketika di mahkamah, tertuduh perlu mengemukakan akuan sumpah dan ia juga memerlukan empat saksi, namun ia jarang berlaku.

“Tertuduh wanita boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 75 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Hamil Luar Nikah).

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, lelaki yang bertanggungjawab terhadap wanita terbabit juga boleh didakwa di bawah Seksyen 60 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Persetubuhan Ha­ram).

“Jika sabit kesalahan, tertuduh lelaki boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, amat sukar untuk mensabitkan lelaki bertanggungjawab dalam kes seumpama itu kerana ia perlu dibuktikan menerusi ujian DNA ke atas bayi yang dilahirkan.

“Pejabat agama tidak ada surat khas untuk mengarahkan lelaki berkenaan menjalani ujian DNA.

“Lazimnya keluarga wanita dan lelaki terbabit yang mahukan ujian itu dijalankan bagi menentukan siapa bapa bayi berkenaan,” katanya.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *