PERMATA DUNIA.

perogol bersiri dihadap tuduhan merogol, mencabul, merompak!!

KOTA BAHARU - Seorang lelaki dipercayai terbabit dengan kira-kira 20 kes rogol, cabul dan samun, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen dan sebuah Mahkamah Majistret di sini hari ini.
   
Amran Che Jaafar, 29, dari Kampung Sungai Perupok, Bachok menghadapi lima pertuduhan termasuk merogol, mencabul, merompak dan dua lagi tuduhan menceroboh dengan niat merompak dan mencabul mangsanya.
     
Di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Amran dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol seorang wanita berusia 20 tahun di asrama pekerja sebuah galeri tudung di Tanah Merah pada 16 Julai lepas.
   
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
     
Di Mahkamah Sesyen Kota Baharu, Amran dituduh merompak telefon pintar Blackberry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad ATM dan lesen memandu milik seorang wanita berusia 37 tahun di rumah pangsa di Kubang Kerian di sini, pada 15 Nov lepas.  
   
Dia juga berdepan tuduhan menceroboh rumah wanita itu dan asrama seorang lagi gadis berusia 23 tahun di Jalan Sultan Yahya Petra, Seksyen 17 di sini pada 25 Nov.
   
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, jika sabit kesalahan, Amran boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
  
Sementara di Mahkamah Majistret pula, Amran dituduh mencabul gadis sama di asrama Jalan Sultan Yahya Petra dengan mengikat kedua-dua tangan mangsa dengan wayar seterika dan mengacukan pisau terhadap gadis itu pada tarikh yang sama.
   
Bagi pertuduhan itu, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
   
Amran ditangkap ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pada 25 Nov.
   
Kesemua kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof yang memohon supaya Amran tidak dibenarkan jamin kerana polis masih menyiasat beberapa kes lain dipercayai membabitkan tertuduh.
   
Kesemua kes itu akan disebut semula pada 10 dan 12 Jan tahun depan depan. - Bernama

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *