PERMATA DUNIA.

Disebat 2,080 Kali Kerana Rogol Anak Sendiri!!

Seorang bapa dari Arab Saudi dijatuhkan hukuman sebat 2,080 kali oleh mahkamah Arab Saudi kerana didapati bersalah merogol anak perempuannya, mengikut undang-undang syariah di sana.

Walaupun si bapa mengatakan beliau melakukan sedemikian atas pengaruh dadah dan tidak sedar semasa melakukannya, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman tersebut sebagai pengajaran buat rakyat negara itu.
Menurut sumber polis, tertuduh ditangkap oleh seorang bapa saudara kepada anak gadis tersebut.

Bagaimanapun tidak dinyatakan identiti bapa berkenaan.
 
 sekiranya hukuman sebegitu dilaksanakan di negara ini, jumlah kes rogol pasti akan menurun dengan drastiknya.

Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 di Malaysia ialah 2,427 kes manakala 2,943 (2006); 3,689 (2007); 3,986 (2008) dan 4,238 (2009), keseluruhannya 17,283 kes.

Jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 pada 2009 iaitu peningkatan 1,197 orang.

Manakala bagi jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah 1,437 orang di mana bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 (2006); 304 (2007); 228 (2008) dan 187 (2009).

Menurut statistik dikeluarkan polis, daripada keseluruhan 13,134 kes dilaporkan sepanjang 2000 hingga 2008, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu 2,403 kes, diikuti Johor (2,186), Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847), Pahang (722), Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134).

Kita kena ingat, kesan paling teruk pada mangsa rogol adalah kesan psikologi.

ada mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya, didapati menghidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi.

Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius.

Dan dikalangan masyarakat yang memegang adat yang kuat, umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap sebagai seorang yang ‘rosak’.

Mangsa-mangsa akan menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *