Rumah Hantu Summerwind
11:54:00 PMSummerwind Mansion, yang dahulunya dikenali sebagai Lamont Mansion, sebuah gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin.adalah salah satu kawasan paling berhantu di Wisconsin. Keadaannya kini buruk dan terbiar. Ini adalah kerana kebakaran yang dahsyat telah berlaku di kawasan yang hampir memusnahkan semua bangunan di sana.
Summerwind pada asalnya dibina pada awal abad ke-20 sebagai tempat mendarat para nelayan. Pada tahun 1916 ianya telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai arkitek di syarikat Tallmadge dan Watson. Kemudian dia mengubah suai bangunan dan tinggal di sana. Tetapi sebelum itu dia telah diberi amaran bahawa bangunan itu berhantu.
Tetapi dia tidak percaya sehingga dia sendiri telah bertemu dengan penunggu rumah itu. Kejadian tersebut berlaku era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia meninggalkan rumahnya dalam keadaan kelam kabut.
Selepas ditinggalkan Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.
Pada tahun 1970-an, pasangan, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli sebuah rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula mendiami kediaman itu, keluarganya sering dilanda banyak perkara-perkara pelik.
Hinshaws mengalami beberapa kejadian aneh, bermula dengan bayang-bayang yang bergerak dari bawah ke atas dan suara yang lembut dan berhenti apabila mereka masuk ke dalam bilik, atau tingkap yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka juga menyatakan melihat kelibat wanita beberapa kali di sekitar ruang makan.
Mungkin kerana tekanan, dalam tempoh enam bulan selepas berpindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan gila, isterinya juga cuba membunuh diri. Arnold akhirnya dimasukkan ke hospital, manakala isterinya berpindah ke rumah ibu bapanya di Granton, Wisconsin.
Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena kilat yang menyebabkan rumah-rumah itu terbakar. Begitu banyak bahagian-bahagian bangunan itu rosak teruk. yang peliknya, kilat melanda beberapa kali tetapi pokok-pokok di sekitar dengan ketinggian melebihi bangunan tetapi sedikit pun tidak mengena sambaran kilat itu.
Pada masa ini gedung itu tidak ada lagi, hanya tinggal asas sebuah rumah yang tidak terjaga