PERMATA DUNIA.

bintang berbentuk belalai gajah





Menyerupai bentuk makhluk yang sedang dikejar aliran api, Nebula Belalai Gajah merupakan salah satu nebula yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Nebula ini boleh dilihat dengan mata kasar dengan keadaan langit malam yang benar-benar gelap. Nebula ini terletak di buruj bintang Cepheus (raja) yang jaraknya sejauh 2,400 tahun cahaya.
Gambar ini dirakamkan oleh Bob dan Janice Fera antara 23-26 Julai 2011 dari Eagle Ridge Observatory, Foresthill, California. Sebuah nebula merupakan awan gas dan debu di luar angkasa.
Beberapa nebula merupakan kawasan tempat bintang baru terbentuk, sementara yang lain merupakan sisa-sisa bintang yang hampir atau telah mati.
Nebula ini merupakan nebula pembebasan yang memberi maksud nebula ini mempunyai permulaan pengeluaran gas pengionan yang memancarkan cahaya dengan pelbagai warna, biasanya melalui foton bertenaga tinggi.
Para penyelidik yakin bahawa awan nebula ini merupakan formasi bintang dengan bintang muda yang menyatu dari lubang kecil di titik hitamnya. Laporan daripada ‘Science’.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *