PERMATA DUNIA.

3 surah 3 kekuatan

Pesanan terbaik dari seorang rakan….
Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya
untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu,
saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau ‘pegang’ betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama,
Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.
Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbuka pintu jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.


Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah Al-Kafirun, Bahagian ini, menarik sikit.
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya
mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,
kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia
sedar ’untukmu agamamu, untukku agamaku’.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara
yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada 3 kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi
hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan
iman, kata pak cik.


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak
kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *