isi kandungan surat wasiat moammar gadaffi
4:00:00 AMTRIPOLI – Laman rasmi Moammar Gadaffi, Seven Days News, menyatakan telah mengeluarkan surat wasiat bekas pemimpin Libya itu.
“Saya mengajak para penyokong untuk meneruskan pertarungan dan melawan penceroboh asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.”– Moammar Gadaffi
Dokumen tersebut dilaporkan telah diserahkan kepada tiga kerabatnya. Satu di antara mereka meninggal yang kedua terbunuh, dan yang ketiga berjaya melarikan diri semasa pertempuran di Sirte.
Beginilah isi surat wasiat itu:
“Inilah surat wasiat saya. Saya, Moammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah. Saya bersumpah akan mati sebagai Muslim.
Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan sesuai ritual Islam, dalam baju yang saya kenakan apabila saya meninggal, badan saya tidak dimandikan, di perkuburan di Sirte, di samping keluarga dan kerabat saya.
Saya minta keluarga saya, terutama anak-anak dan perempuan, dilayan dengan baik selepas kematian saya. Rakyat Libya mesti melindungi identitinya, prestasinya, sejarah, dan imej terhormat nenek moyang dan pahlawannya.
Rakyat Libya tidak boleh mengabaikan pengorbanan orang-orang tidak dan terbaik. Saya mengajak para penyokong untuk meneruskan pertarungan dan melawan penceroboh asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.
Biarkan penduduk dunia mengetahui bahawa kita juga boleh melakukan tawar-menawar dan menjual perkara kita dengan ganjaran kehidupan peribadi yang selamat dan mantap.
Kita menerima banyak tawaran sehingga ke hari ini, tapi kita memilih berdiri di garisan hadapan sesebuah pertempuran sebagai lambang kewajipan dan kehormatan.
Walaupun jika kita tidak serta-merta menang, kita akan memberi pelajaran pada generasi akan datang bahawa memilih melindung negara adalah satu kehormatan dan menjualnya merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah yang akan dikenang selamanya, walaupun ada usaha daripada kita yang untuk melakukan sebaliknya. “
Setakat ini kerajaan peralihan di Tripoli belum memutuskan apa yang akan dilakukan terhadap jenazah ketiga-tiga mereka. Kerajaan beberapa bandar menolak dijadikannya wilayah mereka sebagai tempat perkuburan Gadaffi.