PERMATA DUNIA.

Warden trafik DBKL boleh saman



KUALA LUMPUR: Mulai 1 Oktober ini, warden trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas di bandar raya ini.

Sebelum ini, mereka hanya boleh mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi empat kesalahan di atas, ia terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, DBKL akan menempatkan 20 warden trafik bersama anggota polis di 10 persimpangan jalan utama di bandar raya ini bagi mengawal dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas.
Antara jalan terbabit ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu, Jalan Dang Wangi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Ismail, Jalan Gereja, Jalan Parlimen, Jalan Leboh Ampang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata langkah itu diambil bagi memastikan pergerakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar terutama pada waktu puncak.

Beliau berkata, pada masa ini, warden trafik DBKL hanya mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi kenderaan yang sedang bergerak, ia terletak di bawah bidang kuasa PDRM.

Melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 9 September lalu, kami memutuskan anggota warden trafik DBKL boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan empat kesalahan ketika kenderaan bergerak.
Antara kesalahan itu ialah melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas, katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL di sini, semalam

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *