pengasuh terkaya!!
12:54:00 PM
Mahukah anda melepaskan anak-anak kecil
di bawah jagaan pengasuh lelaki? Apa kata berubah angin dengan memberi
peluang kepada golongan pengasuh lelaki menjaga anak-anak semasa anda
keluar bekerja.
Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad
mengikuti kelas asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan
golongan wanita di Britain.
“Selama ini, saya hanya bergelumang
dengan dunia sukan ragbi, langsung tidak pernah masuk ke dapur rumah dan
hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar pemanas sahaja.
“Malah tidak pernah terlintas dalam
fikiran bahawa ada pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan
drama bersiri,” kata Michael.
Namun pemuda itu kini bergelar bakal
siswazah di institut berprestij Kolej Norland dalam bidang asuhan
kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi gender yang dipegang kaum
wanita sejak 120 tahun lalu.
Pada akhir pengajiannya, Michael akan
bergelar sebagai pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak
kerabat diraja, bintang-bintang terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan
Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000 (RM248,048).
Selain menghabiskan pengajian selama
empat tahun di dalam kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak
menganggap pekerjaan yang bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa
sahaja serta tidak berstandard. -The Ma