PERMATA DUNIA.

rawatan sakit sendi



SETIAP insan hanya dikurniakan sepasang rawan pada lutut sepanjang hayatnya. Sampai ketikanya bahagian rawan yang berfungsi sebagai lapisan lembut yang menghalang geseran dan melancarkan pergerakan serta selesa di antara dua hujung tulang lutut, akan mulai merosot.
Apabila tulang rawan terjejas, sendi menjadi kejang dan menyakitkan menyebabkan beberapa penyakit sendi seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis serta gout.
Teknologi ini digunakan di negara ini sejak 1970-an. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, pelbagai perubahan dan kemajuan dicapai dalam memperkasa prosedur ini. - Dr Tai Cheh Chin, Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya, Selangor, Dr Tai Cheh Chin, sakit sendi adalah kemerosotan sendi secara semula jadi yang mana semua orang akan mengalaminya bergantung kepada usia.

Peluang mereka yang berusia bawah 45 tahun mendapat sakit sendi adalah kurang 5 peratus, 45 hingga 65 tahun (30 peratus), 65 dan ke atas 60 peratus manakala 85 tahun 100 peratus. Dari segi jantina, masalah sendi ini lazim dihidapi wanita berbanding lelaki.

Sendi terbentuk pada hujung dua tulang ataupun lebih yang disambungkan oleh tisu yang tebal. Sendi lutut misalnya terbentuk oleh tulang kaki bawah (tibia dan fibula) dan tulang peha (femur). Pinggul pula adalah sendi yang dibentuk bahagian hujung atas femur dan sebahagian pelvis yang dipanggil acetabulum (soket).

Hujung setiap tulang diselaputi lapisan lembut dikenali sebagai rawan. Peranan rawan yang normal membenarkan pergerakan tanpa geseran dan juga bebas kesakitan. Apabila rawan terjejas atau berpenyakit seperti arthritis, sendi menjadi kejang dan sakit.
Setiap sendi dilindungi tisu fibrous atau kapsul yang beralas tisu lembut dipanggil ‘synovium’ yang menghasilkan cecair bagi mengurangkan geseran dan sendi lusuh.

Bagaimanapun, bukan hanya arthritis yang merosakkan sendi. Banyak lagi faktor lain seperti trauma, bersukan, jangkitan dan keradangan (rheumatoid arthritis dan gout). Pada peringkat serius, pesakit akan mula mengalami kekejangan, kesakitan, kaki berubah bentuk, lutut ‘berbunyi’ ketika berjalan dan mula menjadi bengkok.

Apabila pesakit berada pada peringkat ini, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mengurangkan kesakitan berpanjangan dan penderitaan mereka selain melakukan prosedur gantian sendi sepenuhnya (total joint replacement) bagi membolehkan pesakit bebas kesakitan dan mampu berjalan semula.

Apakah dimaksudkan dengan prosedur ganti sendi ini?

“Teknologi ini digunakan di negara ini sedari 1970-an. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, pelbagai perubahan dan kemajuan dicapai dalam memperkasa prosedur ini. Kalau dulu ,lutut hanya boleh dibengkok 90 hingga 100 darjah, kini ia mencecah 120 hingga 140 darjah.

“Bahannya juga kini tahan 15 hingga 20 tahun, rekaan lebih baik dan praktikal serta luka pembedahan tidak lebih enam inci. Malah, kini ada teknologi navigasi komputer bagi menjamin ketepatan ketika prosedur berlangsung,” katanya yang mengakui pesakit akan kembali normal pada tempoh 6 hingga 12 minggu selepas pembedahan.

Dr Tai berkata, pengurusan kesakitan juga lebih baik menerusi bius separa. Kaedah ini mengurangkan komplikasi selepas pembedahan, malah ia mengurangkan kesakitan kerana boleh diteruskan 36 hingga 40 jam selepas pembedahan.

Bagaimana dengan faktor usia? Menurut Dr Tai, usia juga bukan isu kerana pesakit paling tua yang pernah menjalani prosedur ini untuk kedua-dua lututnya berusia 93 tahun,” jelas Dr Tai yang mengendalikan lebih 2000 prosedur sepanjang 15 tahun berkhidmat.

Apa dikesali, walaupun kejayaan prosedur ini mencecah 90 hingga 97 peratus, salah tanggapan dalam kalangan masyarakat menyebabkan mereka lebih rela menderita dalam diam. Berbanding Australia yang mencatatkan 60,000 prosedur gantian sendi pinggul dan lutut setahun, hanya 6,000 prosedur dijalankan di Malaysia setahun, bukan kerana jumlah pesakit yang tidak ramai tetapi rasa takut pada kesakitan, kurang yakin dengan kejayaan prosedur dan tidak yakin dapat berjalan semula.

Rakyat negara Eropah yang mengalami masalah ini akan sedia melakukan prosedur sebaik dicadangkan pakar sebaliknya di Malaysia, kebanyakan pesakit yang datang sudah terlambat kerana hanya mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah sendi serius.

Jelas Dr Tai, kriteria pesakit yang layak menjalani prosedur ini antaranya sudah menderita sakit sekian lama, pernah menjalani pelbagai rawatan awal (konservatif, nutrisi tambahan, fisioterapi, mengubah gaya hidup, mengurangkan berat badan), kaki sudah mula berubah bentuk atau cacat.” tambahnya.

“Mengapa saya begitu menekankan pilihan prosedur ini adalah kerana kita punya kepakaran itu dan pesakit tidak perlu menderita sekian lama dan hakikat bahawa rawatan dan prosedur itu yang boleh memberikan mereka harapan untuk kembali menjalani kehidupan yang gembira, normal, aktif dan bebas dari kesakitan.”

1 comment:

  1. lebih baik bertindak sebelum sakit lutut ni merebak jadi lebih teruk

    ReplyDelete

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *