PERMATA DUNIA.

Perubahan fizikal anak rungkai kejadian rogol

Perubahan yang berlaku kepada fizikal anaknya mendorong seorang ibu membawa anak perempuannya berusia 16 tahun membuat pemeriksaan kesihatan dan remaja itu disahkan hamil tujuh bulan.

Tersentak dengan apa yang diberitahu kepadanya itu, ibu berkenaan kemudiannya mendesak anaknya supaya mendedahkan individu yang bertanggungjawab sebelum membuat laporan polis pada 3 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pengadu berusia 41 tahun iaitu ibu kepada gadis berkenaan membuat laporan polis mengenai anaknya dirogol teman lelakinya awal tahun ini.

“Berdasarkan laporan yang dibuat, kejadian berlaku di Kajang dan pengadu memaklumkan anaknya dirogol teman lelaki berusia 16 tahun yang juga bersekolah di tempat sama setelah melihat perubahan ketara kepada fizikal anaknya.

“Ibu gadis itu kemudiannya membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran dan doktor mengesahkan anaknya mengandung tujuh bulan”, katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *