pendapatan kadar isi rumah untuk mohon BR1M
4:02:00 PM
Kementerian Kewangan Jumaat menjelaskan pendapatan kasar isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah.
Kementerian itu sebelum ini turut menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian BR1M RM500 merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
Bagi membuat permohonan, katanya ketua isi rumah perlu membawa borang permohonan BR1M, salinan kad pengenalan pemohon dan slip gaji terkini (jika berkenaan).
agi tanggungan, mereka perlu menyertakan salinan kad pengenalan sama ada suami, isteri dan anak, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan, katanya.
Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai esok bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang).
Talian juga akan beroperasi pada 10 Dis dan 11 Dis ini.
Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online sekarang.