PERMATA DUNIA.

isteri berada dahaga kasih sayang!!

kesunyian sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan golongan isteri yang berada,malah ada yang mengeluh tidak mahukan harta kekayaan sebaliknya mahukan kasih sayang dan belaian suami yang
sudah lama tidak mereka kecapi.menurut seorang kaunselor perkahwinan berdaftar,hushim salleh daripada 30 kes masalah rumah tangga yang dikendalikannya untuk tempoh sebulan,dua hingga tiga kes lazimnya membabitkan isteri kaya dan menghadapi masalah rumah tangga dan kes seperti itu semakin ketara sejak 11 tahun lalu.mereka mengadu kekayaan yang ditaburkan tidak lagi memberikan kebahagian yang sejati apabila suami selalu tidak pulang ke rumah dengan alasan sibuk berniaga dan meluaskan empayar perniagaan selain mula menyimpan perempuan.itu hakikat yang berlaku dalam rumah tangga mereka.ada isteri yang bijak akan mengatasi kesunyian itu dengan cara mencari keseronokan di luar sama ada membeli belah atau berhibur dengan kelompok yang setaraf.tidak kurang juga yang mencari teman lelaki baru sebagai menggantikan belaian suami yang hilang.mereka ada duit yang berlipat ganda dan hiburan di luar rumah sahaja yang dapat mengatasi kesunyian itu.hushim berkata berdasarkan kes yang dikendalikannya beliau dapat mengesan berlaku peningkatan kes membabitkan iateri yang dilimpahi kekayaan dan ia semakin menonjol menjelang 2000 apabila taraf ekonomi masyarakat melayu semakin meningkat.betul islam tidak melarang lelaki kahwin lebih dari satu tetapi tuhan juga mahukan suami berlaku adil kepada isteri-isterinya

p/s memang harta kekayaan itu penting tetapi ianya tidak boleh membeli kebahagian

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *