Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
3:41:00 PMSatu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Download Borang BR1M:
Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
Mekanisma BR1M
1. Syarat Permohonan
Syarat Asas:
- Warganegara Malaysia
- Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan
Dokumen wajib:
- Borang Pendaftaran BR1M
- Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
- Salinan Gaji (jika berkenaan)
2. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ini merangkumi individu yang:
- Berkahwin;
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga Emas sebatang kara
3. Ilustrasi Isi Rumah