padah suami kurung isteri!!
2:55:00 PMKUANTAN - Seorang suami menerima balasan setimpal apabila dihukum denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan semalam selepas mengaku bersalah menghalang isterinya keluar rumah mereka selama 11 hari sejak 6 hingga 18 Julai lalu.
Perbuatan tertuduh, Rafizam Abdul Rahman, 29 dari Taman PSJ dekat sini adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 340 Kanun Keseksaan kerana sengaja menghalang wanita itu untuk keluar dari satu had lingkungan selama 11 hari tanpa alasan yang munasabah.
Jika disabitkan kesalahan, individu tersebut berdepan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mohktar di hadapan Majistert Tuan Ruzuaini Tuan Lah, tertuduh didakwa mengurung isterinya bermula kira-kira jam 6 petang 6 Julai hingga jam 3.30 petang, 18 Julai lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Taman PSJ di sini sebelum ditahan polis hari yang sama wanita itu dibebaskan.