Lokasi yang sering disambar petir!!
1:41:00 PMREMBAU – Penduduk dari Kampung Ara, di sini, memohon pihak berkaitan supaya dapat mengkaji kawasan yang sering disambar petir berikutan ia berdekatan kediaman sekali gus bagi mengelak ancaman terhadap keselamatan dan nyawa penduduk di situ.
Kebimbangan itu susulan kejadian buruh maut dipanah petir ketika kerja-kerja membina jambatan berhampiran landasan kereta api berkembar di kampung berkenaan, kira-kira jam 4.00 petang, 4 Disember lalu.
Menurut Azman Ahmad, 41, kediaman keluarganya terletak betul-betul berhampiran jambatan berkenaan.
Katanya, ketika kejadian buruh maut dipanah petir itu berlaku, dia berada di rumah bapanya.
“Kawasan ini boleh dikatakan ‘kawasan petir’ kerana ia sering disambar petir kuat sehingga bapa saya pernah menceritakan tembok konkrit pintu pagar rumah dan cermin peti surat pecah dipanah petir tahun lalu.
“Jika sebelum ini, masih belum terdapat kes membabitkan kehilangan nyawa penduduk, namun kejadian ini (buruh maut dipanah petir) benar-benar membimbangkan saya sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata, dia berharap supaya pihak berkaitan dapat mengkaji kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara buruk berulang kembali.
Malahan, dia turut berharap aliran elektrik berarus tinggi bagi landasan kereta api berkembar itu dikaji supaya tidak menambah risiko kejadian panahan petir di perkampungan berkenaan.
“Saya sangat berharap kajian dapat dilaksanakan di kawasan ini bagi mengelak perkara buruk berulang selain bagi menyelamatkan nyawa penduduk,” katanya.
sumber