PERMATA DUNIA.

kerana parut ciuman hilang kekasih!!

SHAH ALAM – Hanya kerana gagal mengawal kemarahan selepas ternampak parut ciuman di dagu kanan teman wanitanya, seorang pemandu lori simen menumbuk wanita itu bertubi-tubi sehingga mati.

Tindakan kejamnya itu mendapat balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas kesalahan menyebabkan kematian wanita terbabit.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu terhadap Mazlan Atan, 36, selepas bapa empat anak itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang ditawarkan kepadanya.

Akhtar dalam penghakimannya berkata, perbuatan Mazlan adalah satu kesalahan yang dipandang serius oleh mahkamah.

“Kamu sudah berkahwin tetapi tidak bertanggungjawab dengan keluarga, malah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.

“Hukuman penjara yang panjang pun tidak mendatangkan kebaikan kepada keluarga awak. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bermula tarikh tangkapan, iaitu 1 Mei 2010,” katanya.

Mazlan sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh Umiah Sutra di dalam Perodua Kancil di tepi Jalan Persiaran Kemajuan, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 4 petang, 1 Mei 2010.

Dia dikira bernasib baik apabila Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hani Mohd Adzhar menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304 B Kanun sama, iaitu menyebabkan kematian.

Mazlan melalui peguam, Mejar (B) Ghazali Nik Taib merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang menjimatkan masa dan kos mahkamah.

kredit:sinarharian

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *