PERMATA DUNIA.

Kerajaan siasat lelaki Melayu kahwin sejenis!!

BANGI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu ‘berkahwin’ dengan lelaki warga asing di luar negara.

“Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

“Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinansejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai di sebuah gereja.

Mengulas kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Jamil Khir berkata, kejadian seumpama itu perlu ditangani secara bijaksana oleh Majlis Agama Islam negeri.

“Kalau sekiranya mendirikan solat Jumaat hanya kerana berbeza ideologi dan politik, jadi mungkin menyebabkan Islam itu dipandang begitu berbeza sehingga kerana ideologi politik yang berbeza, kita mendirikan solat Jumaat di tempat berbeza,” katanya

sumber

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *