PERMATA DUNIA.

geng 'suami isteri' tumpas!!

KAJANG: Tindakan sepasang suami isteri menjadikan kegiatan curi dan pecah rumah sekitar Kajang sejak setahun lalu sebagai punca pendapatan berakhir apabila mereka dicekup di sebuah rumah di Sungai Long, di sini, Ahad lalu.

Pasangan berusia 20-an itu ditahan jam 4.30 pagi selepas sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melakukan risikan selama beberapa hari dan berjaya menemui pelbagai barangan elektronik dicuri bernilai RM50,000.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual burger ditahan selepas polis menerima laporan beberapa kes pecah rumah sekitar Kajang beberapa bulan lalu.

Katanya, suspek turut mencuri barangan di beberapa pameran barangan elektronik dan pada majlis keraian dengan si isteri bertindak sebagai pemerhati sebelum mereka melakukan jenayah itu.

Dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai barangan elektronik seperti komputer riba, komputer tablet, kamera digital selain berpuluh-puluh telefon bimbit.

kredit:Harian Metro

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *