PERMATA DUNIA.

Bapa lapor anak berkhalwat dengan isteri orang!!

ALOR GAJAH - Sepasang kekasih ditahan di rumah sebuah kampung di sini kerana berkhalwat semalam setelah bapa lelaki yang sudah tidak tahan dengan perangai buruk anaknya itu, melaporkan kepada polis dan imam.

Bagaimanapun, imam yang tiba bersama beberapa ahli jawatankuasa masjid di situ pada jam 10.45 pagi, membebaskan pasangan berusia ­20-an dan 30-an itu selepas memberi nasihat.

Bapa lelaki itu yang bekerja sendiri dan berusia 60-an menghubungi polis serta imam apabila anaknya yang ­berusia dalam lingkungan 30-an ­berada di rumah itu bersama ­kekasihnya, isteri orang beranak dua.

Menurut sumber yang boleh ­dipercayai, bapa lelaki itu tidak senang dengan sikap anaknya yang sering membawa balik kekasih dan berdua-duaan dalam bilik.

Semalam, dia membuat ­keputusan menghubungi polis dan pihak masjid untuk menangkap ­pasangan itu.

Rombongan dari masjid, diketuai imam itu, tiba lebih awal dari yang ­dijadualkan, sementara anggota polis membuat persiapan ke rumah itu.

“Imam itu memberikan nasihat kepada pasangan itu dan melepaskan mereka,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaludin, ketika ditemui berkata, dalam kes seperti itu, ­pasangan berkenaan sepatutnya ­ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, barangkali kes ini ada kaitan antara keluarga pasangan itu dan imam tersebut.

“Perkara ini tidak boleh ­ dipandang remeh. Siasatan secara telus akan dijalankan. Imam terbabit tidak boleh melepaskan pasangan kekasih itu dengan hanya memberi nasihat. Ini boleh dianggap salah laku dan ­boleh menimbulkan syak. Jika ­ ­perkara ini benar-benar berlaku, imam ­berkenaan boleh didakwa.

“Saya akan ke Balai Polis Kuala Sungai Baru untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian ini dan ia akan dibawa ke bahagian ­penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut,” katanya.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *