7 benda ajaib di dunia (terbaru)

Hutan Hujan Amazon, Teluk Halong Vietnam dan Air Terjun Iguazu Argentina dinamakan antara tujuh benda ajaib dunia yang terbaru, mengikut keputusan undian yang telah dijalankan.Menurut Yayasan New7Wonders, keputusan terkini itu turut memasukkan Pulau Jeju Korea Selatan, Biawak Komodo Indonesia, Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa di Filipina dan Bukit Table Afrika Selatan sebagai tujuh benda ajaib di dunia.Bagaimanapun, menurut yayasan yang berpusat di Switzerland itu, senarai muktamad akan diumumkan tahun depan dan sebarang perubahan boleh berlaku.Lebih sejuta orang telah mengundi dan sebanyak 77 benda telah disenarai pendek. Hanya 28 benda yang dipilih juri berpengalaman dan layak ke undian terakhir.

Bukit Table Afrika Selatan

Air Terjun Iguazu Argentina

Hutan Hujan Amazon

Pulau Jeju Korea Selatan

Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa

Taman Negara Komodo, Indonesia

Teluk Halong Vietnam

No comments:

Post a Comment