PERMATA DUNIA.

MATA AIR ZAMZAM


Air Zamzam berasal dari mata air Zamzam yang terletak di bawah tanah, sekitar 20 meter di sebelah Tenggara Kaabah. Mata air atau Telaga ini mengeluarkan Air Zamzam tanpa henti. Disarankan agar sewaktu minum air Zamzam harus dengan teratur dan membaca niat. Semasa minum air Zamzam kita menghadap Kaabah

Telaga Zamzam mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim AS, iaitu Siti Hajar dan puteranya Ismail AS. Sewaktu Ismail dan Ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum, maka Siti Hajar pergi ke Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali.Namun tidak menemui air walaupun setitis kerana tempat itu merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air dan belum di diami manusia selain Mereka Berdua.

Sejarah Terhasilnya Mata Air ZamZam :

Saat Nabi Ibrahim AS, Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pokok yang kering. Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim AS meninggalkan mereka.

Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;" Hendak kemanakah kamu Ibrahim ?"

"Sampai hatikah kamu meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".

Di tanyakan berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah  pun.

Siti Hajar bertanya lagi;

"Apakah ini memang perintah dari Allah ?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawapan suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya penuh kelegaan. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.

Selang beberapa hari, air yang dari Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit Safa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba Siti Hajar terdengar bunyi yang pelik, lalu ia menuju ke arah bunyi itu. Alangkah terkejutnya, bahawa bunyi itu terjadinya daripada air yang keluar dari tanah dengan lajunya. Air itulah merupakan Air ZamZam.

Air Zamzam yang merupakan berkat dari Allah SWT, mempunyai keistimewaan dan keberkatan dengan izin Allah SWT, yang boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu disebutkan pada hadith Nabi , " Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air Zamzam. Air Zamzam merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ".


Keajaiban air Zam-Zam tidak bandingannya
Daripada kajian didapati bahawa air Zam-Zam mengandungi fluoride yang memiliki daya efektif membunuh kuman yang membuat air Zam-Zam ini seolah seperti mengandung ubat. Perbezaan air Zam-Zam dengan air telaga lain di kota Mekah dan kota lain adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium nya. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air Zam-Zam yang membolehkan air Zam-Zam menyegarkan untuk jemaah yang keletihan. Kehebatan lain adalah telaga air Zam-Zam tidak pernah ditumbuhi lumut, dibandingkan dengan telaga di seluruh dunia selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisma.
Keajaiban air Zam-Zam tidak ada tolak bandingnya, walaupun air Kutub Utara dan Selatan sekalipun. Hal ini dibuktikan oleh seorang doktor dari Universiti Yokohama, Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru Emoto mendapati bahawa air tersebut memiliki daya penyembuhan yang luar biasa. Keajaiban struktur air Zam-Zam telah dibuktikan Dr. Masaru Emoto dalam suatu kajian yang dibentangkan didalam sebuah seminar di Malaysia. Kesimpulannya adalah bahawa tiada kandungan air di dunia ini yang dapat menyerupai kandungan air Zam-Zam.

Molekul Air Zam-Zam Paling Indah
Di jelaskan bahawa molekul air Zam-Zam merupakan molekul air paling cantik dan indah di antara air-air yang lain. Emoto menjelaskan sebagaimana dengan kata-kata yang diucapkan dapat mempengaruhi bentuk molekul air. Sudah pasti setiap doa yang dilafazkan oleh setiap jemaah haji selama ini menjadikan air Zam-Zam sebagai air terindah yang akan terus menghilangkan dahaga rohani setiap tetamu Allah di Makkah.



Keistimewaan Air Zam Zam
  1. Meminum Air zam zam menjadi satu amalan ibadah, dengan niat mengikuti ajaran Rasulullah.
  2. Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas, Aku pernah menyiapkan air zam zam untuk Rasulullah, kemudian beliau meminumnya sambil berdiri.
  3. Makruh hukumnya apabila dipergunakan untuk mencucu najis, ataupun digunakan untuk membersihkan hadas besar.
  4. Disunatkan membawa air zamzam pulang ke negara asal bagi jemaah “penunai rukun Islam ke lima) yang memang berasal dari luar Negara Arab, dan Rasullulullah adalah orang pertama yang membawanya keluar kota Makkah, iaitu ke Madinah.
  5. Mata Airnya tidak pernah kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutama pada musim ibadah “Haji”,biarpun dengan sekarang ini mengunakan peralatan canggih, orang yang di Masjid Nabawi (Madinah) yg berjarak 450 Km dari Makkah meminum air zam zam setiap saat.
  6. Pada waktu Rasululullah akan melakukan Saie, beliau meminum air zam zam sampai kenyang, kemudian menyiram kepalaNya dengan air zam zam.
  7. kebanyakkan orang membasahi kain (baju) ihram, kemudian direntang tanpa dibilas agar kering sendiri, dan akan dipakai sebagai ‘Kafan” ( pembungkus mayat) jikalau meninggal nanti.

Kelebihan Air Zam Zam
  1. Air Syurga (maa’ul-Jannah), ertinya air yang dipenuhi berkat dan manfaat, seperti air syurga.
  2. Nikmat Allah, salah satunya nikmat Allah bagi para Jemaah haji yang terus dapat merasakan nikmatnya air ditengah-tengah padang pasir.
  3. Pencuci Hati, Air Pencuci Hati Nabi Muhammad SAW, ketika Malaikat Jibril membasuh hati Muhammad dengan air zam zam.
  4. Penuh Berkat, Kerana Rasulullah SAW sering meminumnya dan tangannya yang penuh berkat dicelupkannya ke dalam telaga zam zam.
  5. Mengenyangkan, Air yang mengenyangkan dan menghilangkan dahaga.
  6. Ubat penyakit, Air penyembuh penyakit, baik penyakit jiwa, dalaman ataupun luaran dan Rasulullah menyebutnya “ mengubati penyakit” dan banyak kisah dan riwayat, sebagai bukti kebenaran hadith diatas.
  7. Abadi, Tidak akan kering hingga hari Kiamat, kerana ia menjadi bukti keagungan dan kebenaran Allah.

Perbandingan Unsur Kimia Diantara Air Zam Zam dengan Air Mineral

Antara air ZAM ZAM ( Mg/l ) _______________dan air MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 ,………………………………………Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 ,…………………………………………M ineral : 27
* Nitrat (NO3) – ,…………………………………………. …..Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,………………………………………..Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,………………………………Mineral : 32
* Flour (F) – ,…………………………………………. ………..Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi ,…………………………………..Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014 ……………………………………….Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,……………………………………….Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ………………………………………….. Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 , …………………………..Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86 ………………………………………Mineral : 5
* Zat Organik 2,79 -………………………………………….. .Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -…….Mineral : -
* PH 7,3 ………………………………………….. ……………..Mineral : 7,2

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *