Gambar seorang tentera Perang Dunia Pertama diatas yang cedera menjadi orang pertama yang menjalani pembedahan plastik telah dikeluarkan dalam usaha untuk mencari keluarganya.
Foto yang cukup mengejutkan ini diyakini sebagai foto pembedahan plastik yang pertama kali dilakukan di dunia. Usia gambar tersebut dikhabarkan lebih dari 90 tahun lalu . Walter Yeo, seorang tentera yang berperang pada Perang Dunia pertama merupakan individu yang pertama kali mendapat rawatan secara pembedahan setelah kehilangan kelopak matanya kerana terbakar.
Foto sebelum dan selepas pembedahan
Foto-foto yang tersebar ini menunjukkan Walter sebelum dan sesudah Sir Harold Gillies, seorang ahli dari New Zealand, melakukan penampalan kulit untuk kali pertama pada tahun 1917 di Plymouth, United Kingdom. Foto tersebut disebarkan secara meluas kepada umum oleh seorang seniman bernama Paddy Hartley yang ingin mencari keturunan atau sanak saudara Walter. "Saya ingin memberitahu apa yang Walter dan keluarganya hadapi dengan keadaan luka pada seperti itu dan apa yang terjadi setelah operasi." - Paddy Hartley
Hasil pembedahan sebelum dan selepas