PERMATA DUNIA.

kelar perut bayi!!


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.
Bayi malang itu ditemui di atas lantai asrama terbabit pada jam 9.30 pagi dengan beberapa kesan kelar di bahagian badan dan leher selain perutnya terburai.
Berikutan penemuan mayat bayi itu, seorang guru sekolah terbabit membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat itu seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditahan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Betong.
Sumber berkata, sebelum itu guru terbabit membuat pemeriksaan ke asrama selepas mendapati pelajar tingkatan empat itu tidak menghadiri kelas, semalam.
“Guru itu terkejut melihat mayat bayi baru lahir yang mengalami kecederaan teruk hampir seluruh badan dengan keadaan perutnya terburai.
“Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan, memeriksa mayat bayi itu dan menemui tujuh kesan kelar iaitu dua di bahagian belakang, dua di tangan, dan masing-masing satu di leher, rusuk serta perut,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Henry Nyuhai, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya, pisau sepanjang 15 sentimeter itu ditemui disorok dalam cadar dan polis turut merampas cadar serta tilam sebagai barang bukti.
“Pelajar perempuan itu kini ditahan di wad hospital dan dikawal rapi pihak polis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Di BALING, seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas kerusi di depan rumahnya di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang, pagi semalam.
Suri rumah berkenaan, Maimunah Bidin, 56, berkata pada mulanya dia terdengar suara tangisan bayi terlalu hampir dengan rumahnya, pada jam 6.45 pagi lalu menjenguk keluar melalui tingkap.
“Saya terkejut apabila mendapati ada objek dibungkus dengan kain pelikat ditinggalkan di atas kerusi depan rumah dan sebaik diperiksa ada bayi yang masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan.
“Bayi itu dipakaikan baju lengan pendek dan berseluar panjang serta kelihatan lesu,” katanya, semalam.
Dia mengambil bayi itu sebelum menghantar ke rumah jirannya, Johanawati Abdul Wahab, 50, sebelum mereka membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan, berkata bayi lelaki seberat 2.5 kilogram itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk menerima rawatan lanjut.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *