PERMATA DUNIA.

DULU DADAH, PENJENAYAH. KINI ANAI-ANAI PULA!


SEOUL - Sebuah jabatan pentadbiran di Korea Selatan menggunakan kaedah unik dan berkesan untuk menjejaki anai-anai iaitu dengan menggunakan anjing pengesan.
Bagi tujuan tersebut, Pentadbiran Warisan Budaya Korea Selatan menggunakan tiga ekor anjing baka spaniel yang berasal dari Britain.
"Anjing-anjing ini jauh lebih hebat berbanding kaedah-kedah lain. Haiwan ini dapat mengesan anai-anai dengan amat tepat," kata seorang pakar di jabatan Pentadbiran Warisan Budaya, Jang Young-Ki.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya menggunakan khidmat tiga ekor anjing yang diberi nama Bobae, Woori dan Boram.
Khidmat haiwan itu digunakan untuk mengesan anai-anai yang mengancam istana dan kuil bersejarah di Korea Selatan. Kebanyakan bangunan tersebut dibuat daripada kayu.
"Baru-baru ini, Bobae berjaya mengesan anai-anai pada sebatang tiang istana Gyeongbokgung yang sebelum ini gagal dikesan," katanya.
SUMBER: KOSMO

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *