binaan terhebat sepanjang abad
3:27:00 AMArkitek terkemuka, Cecil Balmond mengkategorikan sepuluh bangunan menjadi bangunan berkonstruksi paling menakjubkan sepanjang masa. Ini bangunan yang menurut Deputy Chairman dari sebuah syarikat pembinaan yang besar dan paling menakjubkan.
1. Jambatan Millau
Jambatan Millau ini dikenali sebagai “Jambatan Tertinggi di Dunia”. Dengan tinggi tiang konkrit hingga mencapai 800 kaki, jambatan ini seolah diangung di atas awan dan melintasi lembah sungai Tarn, selatan Perancis.
Menurut Balmond, jambatan yang lebih tinggi daripada Menara Eiffel ini mempunyai reka bentuk yang berani dan memerlukan teknik pengiraan tersendiri kerana berisiko tinggi.
2. Kubah Brunelleschi
Brunelleschi ‘s Dome di Itali ini dibina pada abad ke-15, di antara 1420-1436 Masihi. Kubah katedral Florence ini mempunyai ketinggian lebih daripada 140 kaki dengan pembinaan tanpa kerangka yang menyokongnya. Arkiteknya Filippo Brunelleschi mencari cara yang dianggap terbaru tentang berkongsi beban sekitar kubah sehingga tidak akan retak.
3. Hagia Sophia
Hagia Sophia di Istanbul, Turki adalah tempat ibadah terbesar selama seribu tahun. Pembangunan kubah pada Hagia Sophia ini merupakan penemuan konsep pemindahan beban secara tidak langsung.
4. Delta Belanda
Banjir yang mengorbankan seramai 1,800 orang di Belanda pada 1953 nampaknya memberi pengajaran berharga bagi negeri kincir angin itu. Kerajaan memutuskan menyekat muara tertentu yang mengarah ke Antwerp dan Rotterdam.
5. Piramid Khufu
Selama hampir 4000 tahun, Piramid Khufu adalah bangunan tertinggi di dunia sehinggalah Cathedral Lincoln dibina pada sekitar 1300 Masihi.
6. Saluran Kumbahan Bazalgette
Saluran Kumbahan Bazalgette di London dibina oleh Sir Joseph Bazalgette pada 1850. Sebagai chief engineer dari Dewan Metropolitan London, dia membina saluran pembuangan air asas sepanjang 83 batu, 1,100 batu saluran besar dan 13,000 batu untuk saluran pembungan air yang lebih kecil. Uniknya, semua saluran pembuangan itu dibuat di dalam tanah.
7. Colosseum
Colosseum yang dibina di Rom mempunyai empat tingkat di atas tanah dan tiga di bawah tanah. Semuanya membentuk lengkungan yang bertindih antara satu sama lain dan mampu menampung sehingga 50 ribu tetamu.
8. Terowong Channel
Konsepnya ingin menyambung dua negara. Ini merupakan idea yang luar biasa dengan membuat rel dengan panjang 67 batu dan boleh dilalui kereta berkelajuan tinggi. Terowong ini menghubungkan selatan London dan Kent – Taman London, Denmark ke Sweden, dan Macao ke China
9. Terusan Panama
Terusan Panama sepanjang 48 batu atau 82 kilometer ini dibina pada 1904-1914. Kanal yang menghubungkan Atlantik dan Pasifik ini memberikan laluan yang pantas untuk kapal-kapal laut kerana tidak perlu lagi melalui selatan Amerika Selatan.
10. Burj Khalifa
Khalifa Burj adalah sebuah bangunan di Dubai dengan ketinggian 2.700 kaki. Bangunan ini mempunyai inti yang menjadi pusat dan menyokong seluruh bahagian bangunan.
Pembangunan bangunan tersebut mengambil kira kesan primer dan kesan kedua. Kesan primer seperti berat atau berat bahan-bahan dan angin, sementara kesan sekunder termasuk perubahan suhu, kelembapan, dan deformasi bawah beban