Siapa Yang Layak Terima RM500
8:42:00 PMini pula penjelasan Kementerian Kewangan mengenai siapa yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, RM500.
Isi rumah yang layak merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua anggota keluarga yang tinggal serumah dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah 3 ribu ringgit dan ke bawah.
Dalam satu kenyataan media, Menteri Kewangan Ke-2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ia merangkumi individu yang berkahwin, ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang sebatang kara.
Setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah 3 ribu ringgit dan ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.
Pendapatan kasar isi rumah pula merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang.
Talian bilik gerakan br1m: 1-800-222-500
Satu bilik gerakan turut dibuka dan boleh dihubungi di talian bebas tol tertera bagi memudahkan orang ramai mendapatkan penjelasan lanjut.
Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula 10 Disember ini hingga 10 Januari depan.
Pemohonan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012