PERMATA DUNIA.

kejam!!ditikam 15 kali kerana cemburu!



Seorang kerani bank maut selepas ditikam 15 kali dalam kejadian di sebuah rumah kedai di tingkat 1B-01-15, Jalan puncak Desa, Kepong, Gombak, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam keadaan parah, wanita itu sempat merangkak ke bahagian tingkap rumahnya dan menjerit meminta tolong ke arah sekumpulan individu yang berada di kedai makan di tingkat bawah premis tersebut.

Mangsa bernasib baik kerana jeritannya didengari oleh orang awam yang berada di kedai itu yang terus membantunya dan menghubungi polis kira-kira jam 1.55 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, maklumat awal diterima polis memberitahu terdapat seorang wanita ditemui terbaring berlumuran darah dalam rumah kedai terbabit dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa yang masih bujang itu disahkan mati kira-kira jam 2.10 pagi di hospital terbabit.

“Siasatan awal mendapati terdapat sebanyak 15 tikaman di bahagian belakang badan mangsa, termasuk kesan luka di beberapa bahagian anggota badan lain seperti siku, lengan, peha, rusuk kanan dan jari.

“Kita juga sudah kenal pasti identiti mangsa berusia 35 tahun itu sebagai Rozana Mohd Yusak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rosly berkata, pemeriksaan ke atas rumah kedai yang disewa oleh mangsa, mendapati premis itu kosong dan hanya terdapat pakaian milik mangsa.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian disebabkan cemburu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222 bagi membantu siasatan.

Rozana yang sudah 10 tahun bekerja sebagai kerani bank itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat mayatnya.

Sementara itu, bapa mangsa, Yusak Suparman, 64, berkata, dia sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku, namun reda dengan pemergian anak sulung daripada tiga beradik itu.

Yusak berkata, isterinya menerima tekanan besar apabila pengsan selepas mendengar berita pembunuhan kejam mangsa.

“Kami dapat tahu berita ini daripada anak saudara kira-kira jam 6.30 pagi tadi (semalam) dan sangat sedih dengan apa yang terjadi.

“Kami sekeluarga baru saja bertemu dia (mangsa) minggu lalu ketika dia pulang ke kampung. Dia tak ceritakan apa-apa masalah sama ada berkaitan kerja atau teman lelaki, tapi minta saya belikannya komputer riba sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, dia berharap individu yang membunuh anaknya itu akan mendapat balasan yang sewajarnya.

sumber

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *