PERMATA DUNIA.

Kejadian 3 Jam tapi kesan sangat teruk


Ia berlaku hanya 3 jam.

Namun banjir kilat di pusat bandar Kajang semalam, meninggalkan kesan kemusnahan yang jelas kelihatan di kawasan terjejas.

Tinjauan di sekitar pasar besar Kajang pagi tadi mendapati banjir telah surut sepenuhnya.

Aktiviti harian penduduk juga berjalan seperti biasa.

Malah aktiviti perniagaan di pasar ini lancar dengan kunjungan pembeli yang bertali arus walaupun separuh kawasan ini semalam ditenggelami air.

Kerja-kerja membersihkan premis perniagaan yang terjejas juga giat dilakukan peniaga.

Banjir yang berlaku sekelip mata juga menyebabkan barang-barang rosak dek lumpur.

Peniaga juga turut menghitung kerugian yang dialami mereka.

Puluhan kereta yang tenggelam dalam banjir semalam juga masih kelihatan tersadai.

Beberapa pekerja Majlis Perbandaran Kajang kelihatan melakukan kerja mendalamkan sungai berdekatan.

Semalam, seluruh kawasan ini dinaiki air sehingga mencapai paras melebihi 1 meter ekoran hujan lebat sejak pagi.

Banjir turut menyebabkan sebahagian penduduk terperangkap didalam bangunan manakala beberapa jalan utama terpaksa ditutup.
berikut adalah gambar-gambar semasa dan selepas banjir di kajang baru-baru ini.jom layan

semasa banjir









selepas banjir






sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *