Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

10 sifat calon suami yang terbaik!!

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

 1   Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

 2   Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

 3   Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

 4   Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

 5   Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

  6  Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

 7   Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu      berbuat demikian.

 8   Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

 9   Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

 10   Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

entri berkaitan: bersediakah anda menjadi seorang suami??!