Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

pasangan ditangkap ketika melakukan s*ks di mahkamah

Kebanyakan orang meninggalkan mahkamah dengan rasa tidak sedap hati. Begitu juga dengan satu pasangan dari Florida ini.
Menurut polis, dua pelajar Universiti Florida telah ditangkap mengadakan hubungan s*ks di atas meja rehat di tapak pembinaan mahkamah persekutuan di Jacksonville, Florida.
Petikan dari WJXT-TV menyebut: Jarred Dauth, 21, dan Maya Manseur, 23, berjaya memanjat pagar 6 kaki untuk sampai ke tempat di mana mereka dilihat berbogel melakukan hubungan s*ks, menurut satu laporan polis.
Kedua-dua suspek telah didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dan menceroboh kawasan larangan.
Perlakuan s*ks di tempat yang tidak sepatutnya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini di Amerika Syarikat.
Bulan lepas, di Charleston, South Carolina, mengikut laporan dari KLTV, dua orang telah ditangkap selepas polis mendapati mereka mengadakan hubungan s*ks di dalam muzium.
Sementara Smoking Gun melaporkan pada bulan Oktober lepas, sepasang kekasih ditangkap kerana mengadakan hubungan s*ks di dalam bas awam di Montoursville, PA.

permata