Filipina yang diiktiraf sebagai negara di tangga ke 12 paling padat di dunia itu menyertai negara-negara lain di dalam menyambut kelahiran bayi yang ke 7 bilion. Satu sambutan sederhana dibuat di hospital.
Dilahirkan dengan berat 2.5 kg, bayi comel itu menerima limpahan cahaya "flash" kamera wartawan-wartawan yang hadir untuk membuat liputan terhadap kelahirannya di bilik bersalin hospital.
Ibunya Camille Dalura meluahkan perasaan sambil berkata, "Dia sangat comel. Sukar dipercayai bahawa dia merupakan bayi dunia yang ke 7 bilion."
Bayi itu merupakan anak kedua pasangan Camille dan ayahnya Florante, yang hanya berdiam diri sambil berdiri di suatu sudut memakai gaun hospital berwarna putih saat jurugambar dan krew televisyen berebut-rebut mengambil gambar bayi perempuannya.
Pasangan itu turut ditemui oleh pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB di Filipina untuk menerima sebuah kek.
Social Plugin