angkara tandas
8:24:00 PMMOSCOW russia. – Seorang lelaki Rusia ditahan selepas menembak mati jirannya gara-gara kedua-dua mereka terlibat dalam pertengkaran berhubung giliran untuk menggunakan tandas kongsi, semalam.
Lelaki berusia 37 tahun itu yang tidak didedahkan namanya, mengaku menembak mati jirannya yang berusia 49 tahun di sebuah flat di timur Moscow dan kini sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan membunuh.
Dia ditangkap oleh polis trafik kira-kira 100 kilometer dari Moscow ketika cuba melarikan diri.