akhlak
5:37:00 AMBerkata Umar ibnul Khathab r.a
Umar ibnul Khathab r.a berkata : Telah sukses orang yang memelihara dirinya dari kerakusan, tidak memperturutkan hawa nafsunya dan tidak suka marah-marah (beremosi).Diam dan jujur sifat yang disukai
Semoga kita menjadi orang yang banyak diam atau orang yang selalu jujur kerana diam itu keselamatan dan baik; dan jujur itu suatu kemuliaan yang disukai oleh Allah dan manusia.Membimbing diri
Barangsiapa mampu menasihati dan membimbing dirinya sendiri, maka Allah akan selalu memelihara dan menjaganya.Jangan marah-marah
Umar ibnul Khatthab r.a berkata : Marah-marah adalah kunci kejahatan dan barangsiapa memperturutkan hawa nafsu dan kemarahannya, berarti dia terbimbing ke neraka.Takwa
Rasulullah s.a.w bersabda: Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya ia akan menghapuskan. Dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.Calon menantu
Kuih serabai manisan betik
Dihidang juga pisang sesikat
Mengaji pandai rupa pun cantik
Lembut bahasa ramai terpikat
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…