PERMATA DUNIA.

PERKAMPUNGAN BOM

Perang Vietnam berakhir 40 tahun yang lalu, tetapi ia meninggalkan warisan maut, terutamanya di Laos.
Tentera AS menghujani lebih daripada 2 juta tan bom di negara itu semasa Perang antara tahun 1964 dan tahun 1973, membuat Laos negara paling banyak dibom di dunia secara per kapita. 
Terdapat lebih 580,000 misi pengeboman di Laos, bersamaan dengan satu misi pengeboman setiap  8 minit, 24 jam sehari, selama 9 tahun.
                                                                         click here

Tidak semua bom tersebut meletup seperti yang sepatutnya berlaku. Dianggarkan 30 peratus daripada bom gagal meletup, masih aktif dalam tanah selepas perang. Ada ketikanya bom-bom itu meletup di tempat dan masa yang tidak dijangka. Contohnya semasa kanak-kanak tengah bermain di kawasan bom itu berada.
Punca utama letupan adalah penduduk yang cuba untuk membuka bom yang besar itu dan menjual logam serta bahan letupan di dalamnya kepada peniaga besi buruk. Sarung bom yang berkualiti seberat sehingga 2,000 paun(lebih 900+kg) boleh mencecah lebih dari $100 apabila dijual.


Bagi sarung bom yang kosong pula, boleh dilihat di seluruh negara itu dalam bentuk baru. Menjadi bentuk Kanu/perahu, tiang rumah yang tinggi perlindungan dari banjir dan turut juga menjadi hiasan di taman rumah.
Ketika jurugambar Mark Watson menggembara dengan basikal di seluruh negara itu, beliau terkejut melihat alat-alat maut ini sedang diguna dengan cara yang luar biasa. "Besi buruk dari pengeboman itu digunakan meluas dalam rumah rakyat dan kampung-kampung,"




Watson berkata, "kegunaan untuk semua dari tiang rumah, pasu tanaman, baldi, cawan dan loceng lembu."
Mengumpul logam bom adalah pekerjaan yang berbahaya, tetapi rakyat terpaksa kerana hidup dalam kemiskinan.
"Banyak tanah pertanian tidak dapat diusahakan kerana bom yang tidak meletup UXO (unexploded ordnance), ini adalah masalah utama penduduk. Punca kemiskinan kerana penduduk tidak dapat melakukan aktiviti yang menjana ekonomi.



Jika mereka syak tanah yang diusahakan terdapat bom yang tidak meletup, mereka tidak akan berusaha keras untuk mendapatkan tanaman berkualiti"kata David Hayter, daripada (MAG). Sebuah NGO yang berusaha mengesan dan membuang periuk api dan bom.
Kemajuan di negeri mereka datang perlahan dan bajet kewangan mereka terhad. Sementara itu, penduduk terus terbunuh dan cedera akibat bom yang masih aktif. Pada 2012, sekurang-kurangnya 29,000 orang telah mati akibat kemalangan tersebut.


Sumber: Inhabitat / MAG International / NPR
Gambar photo: Mark Watson



  •  
  •  

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *