PERMATA DUNIA.

ciri-ciri samsung galaxy tab 10.1


Mesti ramai yang terpesonakan bila dengar tentang tablet terbaharu Samsung Galaxy Tab 10.1 telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak keistimewaan yang boleh kita perolehi dan manafaatkan dalam penggunaan Samsung Galaxy Tab 10.1 ini.  Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd iaitu pengeluar telefon bimbit terkemuka dengan bangganya mengumumkan ketibaan yang dinanti-nantikan tablet ter nipis di dunia tak lain tak bukan iaitu GALAXY Tab 10.1 dalam pasaran tempatan hari ini.

Kalau bercakap pasal ternipis di dunia apakah difikiran korang? tentunya suatu yang menakjubkan betul tak? hari ini aku berkesempatan melihat sendiri tablet ni dan ternyata ianya begitu nipis senipis pensil. Samsung Galaxy Tab 10.1 mempunyai kenipisan ultra-slim sehingga 8.6 milimeter dan berat seringan hanya 565 gram yang sentiasa memastikan kelancaran dan pergerakkan pantas dan cemerlang serta keselesaan dalam penggunaannya. Paparan skrin sentuh 10.1 inci dengan resolusi WXGA 1280 x 800 memaparkan warna dan keluasan yang selesa apabila menonton video dan melayari internet.


Penggunaan PC mahupun laptop kini sudah agak ketinggalan bagi sesetengah orang, revolusi dunia sekarang ni ramai yang nak bertukar kepada sesuatu yang ringan dan pantas serta mudah dibawa kemana-mana dalam urusan kerja mahupun dalam penggunaan seharian. Samsung Galaxy Tab 10.1 mempunyai ciri-ciri yang diidamkan pengguna diseluruh dunia.

 

Berikut adalah 10 sebab mengapa anda patut memiliki Samsung Galaxy Tab 10.1 ini?

    1. Berat Samsung Galaxy Tab 10.1 ini sama berat dengan segelas cawan kopi iaitu hanya 565 gram

    2. Memiliki peranti paling nipis di pasaran dengan hanya setebal 8.6mm

    3. Mempunyai kuasa 450 kali lebih laju dari penggunaan PC biasa dengan menggunakan 1GHz Dual Core processor.

    4. Jangka hayat bateri bertahan selama 9 jam dan ini membolehkan anda menonton video HD tanpa gangguan kelancaran bateri.

    5.  Melayari lebih dari 346 Juta laman web termasuk 86.5 juta laman web yang memerlukan aplikasi sokongan Adobe ® Flash

    6. Menghubungkan jaringan sosial seramai 4.5 billion orang diseluruh dunia dengan SNS services.

    7. Menggunakan sambungan +HSPA

    8. Lihat dan edit dokumen-dokumen pejabat dengan menggunakan Microsoft Office yang dibekalkan secara percuma dalam peranti Samsung Galaxy Tab 10.1

    9. Penyambungan Adaptor USB memudahkan proses plug-n-play dalam setiap peranti Samsung.

    10. Menggunakan versi Android terbaru iaitu 3.1 Honeycomb, sistem operasi yang pertama di dunia.

    
Menarik kan?.. jadi apa tunggu lagi dapatkan dipasaran sekarang Samsung Galaxy Tab 10.1 anda dan rasai kelainannya…
 Product Specifications
Network
    HSPA+ 21Mbps  850/900/1900/2100
    EDGE/GPRS  850/900/1800/1900

OS
    Android™ 3.1 (Honeycomb)

Display
     10.1” WXGA 1280×800

Processor
    1GHz Dual Core application processor

Camera
    Main(Rear) : 3.0-Mega Pixel Camera AF with LED Flash
    Front : 2.0-Mega Pixel Camera

Video
    Format : MPEG4/H263/H264,Xvid
   Playback : 1080p Full HD Video @ 30fps
   Recording : 720p HD Video

Audio
    MP3, AAC, AAC+, eAAC+, OGG, MIDI, AMR-NB/WB
    3.5mm Ear Jack, Surround Sound Stereo Speakers

Enterprise Solutions
   Microsoft Exchange ActiveSync
 Polaris Office

Value-added Features
    Android Market™
   GoogleMobile Services :
   Google™ Talk, Google™ Maps, etc.
   Samsung TouchWiz UX
   Samsung Mini Apps Tray
   Social Hub, Readers Hub (coming soon)
   Adobe Flash Player 10.3

Connectivity
    Bluetooth® technology v 2.1 + EDR
    USB 2.0
    WiFi 802.11 (a/b/g/n)

Sensor
    Gyroscope, Accelerometer, Digital Compass, Ambient Light sensor

Memory
    16GB

*Size
    256.7 x 175.3 x 8.6 mm, 565g(3G) / 560(WiFi)

Battery
    Built-in 7,000mAh
    Video: Up to 9 hours
   Music: Up to 17 hours
*depending on network connection

Retail Price and Availability
    RM1899 (3G & WiFi), 20 August onwards

*All functionality, features, specifications and other product information provided in this document including, but not limited to, the benefits, design, pricing, components, performance, availability, and capabilities of the product are subject to change without notice or obligation.


cara untuk tukar tulisan home kepada gambar

untuk membuat blog korang nampak lebih menarik kali ni aku nak share macam mane nak tukar tulisan newer post,home dan older post kepada gambar.
contoh macam ini :
kepada
 
 

caranya mudah saja,
Klik pada dashboard menu
  Klik Edit HTML, jangan lupa save template korang dulu sebagai backup dan tanda pada "Expand Widget Templates"
  untuk tukar newer post  korang cari code berikut

<data:newerPageTitle/>

Kemudian tukar code tersebut dengan
<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8GY7xLP_ZJfSzP0sqJC9Nep_SjttOX385qj0M6BW_FfIor8jg3w9CZde9i3QRCzk1k8WSAS5rWN4w48XLw1RIEfbWAmTnUXJ5-c7E_5t8LiKDQpy3sjyDrkyta59NVYiZQQ8Vc5YCz9E/s1600/baru.jpg'/>

untuk tukar home pulak korang cari code

<data:homeMsg/>

kemudian tukar code tersebut dengan

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgk9D3Nk4xNDVEc0SyDUw334z-zoo3R4QkziaUztNDZ7GWIjheCmYXKeBGrz55TPMTjv-h7SUgOjczPcawJUtBH1mDzM9mDBsyLF_hWLTo_Rg5hAAiWWaaGHGMTmBPabmfy9DEIpapLL0k/s1600/images.jpg'/>

untuk tukar older post pulak korang cari code

<data:olderPageTitle/>

kemudian tukar code tersebut dengan

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ3HpUG3T16xmEIojU-WZ4Fw5u7s-ZVMs8yYpYDPrei0E6PLypHEmsPmRHLHfu83DM28dauJBmqeHvuwUkncTYzjUJjKyGdN_Q3L7pqIFWaw53ANbsKXCqkgHosnrmNLAYc3ytvlp8aSs/s1600/lama.jpg'/>

save dan lihat hasilnya di blog korang..

buat post terbaru dengan gambar bergerak

kali ni aku nak share macam mane nak buat post terbaru dengan gambar bergerak..
  Klik pada dashboard menu
  Klik Edit HTML, jangan lupa save template korang dulu sebagai backup dan tanda pada "Expand Widget Templates"
   korang cari code berikut </head>
   Letakkan code di bawah ini sebelum code  </head> :

        <!--Related Posts with thumbnails Scripts and Styles Start-->
        <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
        <style type="text/css">
        #related-posts {
        float:center;
        text-transform:none;
        height:100%;
        min-height:100%;
        padding-top:5px;
        padding-left:5px;
        }
        #related-posts h2{
        font-size: 1.6em;
        font-weight: bold;
        color: #585858;
        font-family: Georgia, &#8220;Times New Roman&#8221;, Times, serif;
        margin-bottom: 0.75em;
        margin-top: 0em;
        padding-top: 0em;
        }
        #related-posts a{
        color:#FFFFCC;
        }
        #related-posts a:hover{
        color:#000000;
        }
        #related-posts a:hover {
        background-color:#d4eaf2;
        }
        </style>
        <script src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/relatedthumbs21.js' type='text/javascript'/>
        </b:if>
        <!--Related Posts with thumbnails Scripts and Styles End-->

    lepas tu korang cari code ni plak  : <div class='post-footer-line post-footer-line-1'>
    korang  copy semua code dibawah ini dan paste diatas code <div class='post-footer-line post-footer-line-1'>

        <!-- Related Posts with Thumbnails Code Start-->
        <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
        <div id='related-posts'>
        <b:loop values='data:post.labels' var='label'>
        <b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>
        </b:if>
        <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
        <script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels_thumbs&amp;max-results=6&quot;' type='text/javascript'/></b:if></b:loop>
        <script type='text/javascript'>
        var currentposturl=&quot;<data:post.url/>&quot;;
        var maxresults=5;
        var relatedpoststitle="Related Posts";
        removeRelatedDuplicates_thumbs();
        printRelatedLabels_thumbs();
        </script>
        </div><div style='clear:both'/>
        </b:if>
        <!-- Related Posts with Thumbnails Code End--> 

kemudian save dan lihat hasilnya di blog korang..

cara untuk auto new link dibuka pada new window

 cara untuk auto new link dibuka pada new window..mudah je..ini cara-caranya
korang pergi dekat design>edit html
korang guna ctrl f cari code   <head>

 Kemudian korang letak code berikut ini di bawahnya

    <base target='_blank' />

 save dan lihat hasilnya kt blog korang ok..
mudahkan?...

buat scroll box pada widget

Meletakkan sesuatu widget adalah bagus untuk blog. Walau bagaimanapun, adakalanya widget tersebut boleh 'menggangu' pandangan jika mengambil ruang yang agak besar untuk blog.

Salah satu penyelesaianya adalah dengan menjadikan widget tersebut boleh scroll. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan ruang yang digunakan dan menjadikan blog anda nampak lebih kemas.
cara buat scroll box 
Tutorial untuk membuat scroll box adalah seperti berikut..

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
(Jika anda sudah letakkan widget hanya buka HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog)

2. Kemudian masukkan/ubah kod widget seperti berikut.

<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">

Letakkan kod widget anda disini

</div>
Note :
width: ubah mengikut lebar yang anda kehendaki
height: ubah mengikut tinggi yang anda kehendaki


3. Apabila selesai, save dan lihat hasilnya..

buat scroll untuk blog archive

Blog archive untuk sesebuah blog boleh menjadi list yang begitu panjang apabila banyak entri yang di post atau jika sudah lama terlibat dengan dunia blogging.

Tutorial kali ini aku akan menunjukkan bagaimana untuk jadikan blog archive korang boleh scroll untuk menampakkannya lebih ringkas dan menyenangkan mata memandang.:)



Tutorial untuk buat scroll bagi blog archive adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > design > edit html > Expand widget templates.
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod <div id='ArchiveList'>

3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod <div id='ArchiveList'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut.


<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>


Note: Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan.

Contoh:
Sebelum.


Selepas


4. Save dan lihat hasilnya

cara buat gambar bertukar apabila dilalukan consor

Memasang gambar yang boleh bertukar semasa dilalukan cursor di blog mungkin boleh menambah sedikit kelainan pada blog anda. Dan juga gambar yang disertakan dengan link boleh menarik sedikit perhatian.

Tutorial adalah seperti berikut.

1. Gunakan kod di bawah, tukarkan link yang anda mahu, url gambar pertama dan url gambar kedua.

<a href="Target link" target="_blank"><img src="URL gambar pertama" onmouseover="this.src='URL gambar kedua'" onmouseout="this.src='URL gambar pertama'" /></a>
2. korang boleh post di dalam entri blog korang seperti biasa ataupun boleh letakkan di sidebar.

Senang dan mudah bukan.?

Nota: Jika mahu gambar sahaja tanpa link, kodnya seperti dibawah.

<img src="URL gambar pertama" onmouseover="this.src='URL gambar kedua'" onmouseout="this.src='URL gambar pertama'" />
Selamat mencuba.

letak button like fb dalam blog

Meletakkan button 'like' dalam blog dapat memberi gambaran secara kasar samada penunjung anda menyukai entri yang ada di blog anda. Selain itu, penggunaan button 'like' ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan trafik blog anda.
Letak Facebok Button 'Like' Dalam Blog

Anda boleh lihat contoh button 'like' di blog ini dan juga di
permata dunia

Cara-cara untuk meletakkan button like ini adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger, dari dashboard > design > edit HTML > expand widget templates
( backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod berikut.
<data:post.body/>
3. Kemudian copy kod ini, dan paste di bawah kod yang anda cari di langkah 2.
<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/>


contoh:
Letak Facebok Button 'Like' Dalam Blog
4. Save dan lihat hasilnya..

cara membuat fan page fb yang lebih stail

Sesetengah blogger ada yang mempunyai facebook page untuk blognya. Tidak kira apa tujuan page tersebut, kebiasaannya ianya berkaitan dengan blog. Tutorial kali ini akan menunjukkan cara meletakkan page facebook dalam blog, tetapi bukan dengan design biasa.

Kalau sebelum ini widget yang dinamakan 'facemask' ini didapati di wordpress, kini blogger yang mengunakan platform blogger.com juga boleh menggunakannya.

Contoh boleh dilihat seperti yang diletakkan di sini

Tutorial meletakkan page ini adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript.

2. Copy dan paste code di bawah kedalam ruangan HTML/javascript dan ubah seperti yang dinyatakan dalan nota di bawah.


<center>
<iframe style="height:250px; width:85%; " scrolling="no" frameborder="0"href="

URL PAGE

"src="http://www.facebook.com/plugins/fan.php?id=

NO ID PAGE

&width=292&height=250&connections=25&stream=false&header=false&logobar=false&css=https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/fblike.css" ></iframe></center><center><iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=

URL PAGE

&send=false&layout=standard&width=292&show_faces=false&action=like&colorscheme=light&font&height=40" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden; width:250px; height:40px;" allowtransparency="true"></iframe></center><p align="right"> <small><a href="http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/09/page-fb-yang-lebih-style-untuk-blog.html">Get tutorial here </a></small></p>
 Nota:
a)Gantikan url page dengan url page anda.
b) Gantikan No ID page dengan no ID page anda.
Bagaimana hendak dapatkan ID page.?
Daripada page, klik pada 'edit info', kemudian daripada paparan yang muncul akan anda no di url, itu adalah No ID page anda.
3. Apabila selesai gantikan yang berkenaan, save dan lihat hasilnya..

buat dropdown menu di blog

Dropdown menu dapat mengurangkan ruang yang digunakan pada paparan blog untuk meletakkan pelbagai link. Antara kegunaan dropdown menu adalah untuk meletakkan link kawan², link rujukan, link tips dan pelbagai lagi.

Contoh dropdown menu adalah seperti berikut

Cara Buat Dropdown Menu


Tutorial untuk membuat dropdown menu ini adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger anda, dari dashboard > layout > page element > add a gadget > HTML/javascript

2. Copy code berikut ke dalam ruangan html/javascript.

<select onChange="document.location.href=this.options[this.selectedIndex].value;">
<option selected>Tajuk</option>
<option value="Link 1">Text 1</option>
<option value="Link 2">Text 2</option>
</select>
penerangan :
Link 1: Masukkan link untuk dibuka
Text 1: Masukkan perkataan/ayat untuk link

Jika korang  hendak masukkan lebih banyak menu, cuma copy paste
<option value="Link 2">Text 2</option> dan letakkan sebelum </select>
3. Apabila selesai, save hasil kerja anda.:)

TAMBAHAN:
Untuk kod di atas, apabila link akan dibuka pada page yang sama. Untuk buka link pada page/window yang berlainan, sila tukarkan kod:

<select onChange="document.location.href=this.options[this.selectedIndex].value;">
kepada kod ini.
<select onchange="javascript:window.open(this.options[this.selectedIndex].value);">

Mudah bukan.
Selamat mencuba...

tukar ayat linkwithin

Bagi sesiapa yang menggunakan linkwithin pada blog, sememangnya akan muncul satu ayat yang telah di'set'kan secara automatik semasa meletakkan gadget tersebut.
Bagi bahasa melayu, akan keluar ayat, "Anda mungkin juga meminati" dan bagi english "You may also like these stories"..

Ini adalah yang biasa,


Tukar Ayat Asal Linkwithin

Dan ini pula yang agak kurang biasa.:)


Tukar Ayat Asal Linkwithin


korang nak tukar ayat ini mengikut kehendak korang sendiri.?

Ikuti tutorial yang sangat mudah ini.:)


1. Login akaun korang, kemudian dari dashboard > layout

2.Dari page element yang dipaparkan, cari element untuk Linkwithin kemudian klik edit



Tukar Ayat Asal Linkwithin

3. Daripada kod yang dipaparkan, tambah kod ini dibahagian atasnya
<script>linkwithin_text='AYAT ANDA DISINI'</script> 

Penerangan : Tukarkan "AYAT ANDA DISINI" dengan apa-apa yang anda kehendaki.:)

Kod anda sepatutnya kelihatan seperti ini.
Tukar Ayat Asal Linkwithin
4. Selepas selesai, klik save untuk lihat kesannya..

meletakkan iklan nuffnang secara statik

mesti korang semua ada mempunyai akaun Nuffnang.?.
Kalau ada, dimana korang letakkan iklan korang itu..(skyscraper)?

Memasang iklan secara statik adalah meletakkan iklan pada kedudukan yang tetap dalam sesebuah blog walaupun entri telah di'scroll' ke bawah

Copy kod di bawah, kemudian letakkan di HTML/javascript dalam blog anda
( Dashboard > Layout > Page elements > Add a gadget > HTML/javascript )
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'>Letak Kod Nuffnang Sini</div> 

Penerangan :
i.) Nilai 5px boleh diubah. Nilai ini menentukan jarak dari bawah dan jarak dari kanan.
ii.) Masukkan kod iklan Nuffnang yang diambil dari step 1. (pastikan kod adalah untuk Skyscraper)



Save, kemudian lihat kesannya dalam blog korang

Kelebihan meletakkan iklan secara statik.

1. Kebarangkalian untuk pengunjung melihat iklan itu adalah sangat tinggi. Kerana ianya muncul sentiasa walaupun scroll ke bawah.

2. Kebarangkali untuk klik juga adalah tinggi.

3. Advertiser lebih berminat untuk beriklan di blog korang.

buat link baru apabila klik pada gambar

Apabila korang upload gambar menggunakan kaedah yang telah tersedia oleh blogger.com, secara default gambar tersebut akan dibuka pada page yang sama.
Ada ketikanya ianya bagus apabila merujuk kepada blog yang sama, tetapi kurang bagus apabila seorang blogger hendak merujuk kepada tempat lain. ini kerana apabila buka pada page yang sama, pengunjung terpaksa menekan button back untuk kembali kepada blog asal.
Tutorial ini akan menerangkan bagaimana untuk menjadikan gambar yang mempunyai link akan dibuka pada tab yang baru apabila diklik.

Perhatikan kedua-dua gambar ini, sila klik pada pertama.

gambar pertama


gambar kedua
Jangan terkejut jika tutorial ini sangat mudah.:)

<a href="Letakkan link untuk dibuka disini" target="_blank" >
<img src="Letakkan url gambar disini"/></a> 

Sebagai contoh, untuk kod gambar pertama adalah seperti ini
<a href="
http://ijarn.blogspot.com/" target="_blank" >
<img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGf62Wfyd0tiJfXSgf45iqma7Y8th0M2twFyxygfplMcowJBBs3Rn3zahVYuqJ8K3iUVOFXS-1RubSTRitfKR_tLc40U3LEp28SKt_5oJAomv70TcpgyyEm9Ywh56MgEycw33q7Dal8sI/s1600/permata.png"/></a>

  • Untuk gambar kedua, link akan dibuka pada tab baru. Jika korang ingin link dibuka pada page yang sama, buang target="_blank"
  • Kaedah lain untuk buka link dalam page yang sama boleh guna terus aplikasi upload gambar dan letak link yang ada masa buat new post.ok selamat mencuba...

sembunyikan fb fan page di blog

ok kali nie aku nak buat tutorial untuk sembunyikan fb fan page kt blog.
Bagi blogger yang mempunyai facebook fanpage sendiri, adalah biasa untuk meletakkan fanpage tersebut di blog. Biasa untuk letakkan di sidebar blog, untuk kali ini aku akan tunjukkan pula cara untuk sembunyikan facebook fan page ditepi blog korang.


Tutorial sembunyikan Fb fan page adalah seperti di bawah.

Langkah 1:

i. Dari dashboard > design > edit HTML

ii. Menggunakan fungsi find, (ctrl + F), cari kod </head>

iii. Copy dan paste kod di bawah SEBELUM kod </head>


<script src='https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.1/jquery.min.js' type='text/javascript'/>

Nota: kalau kod di atas sudah ada sebelum korang copy paste, abaikan langkah 1, pergi terus ke langkah 2.

iv. Selepas selesai klik Save Template


Langkah 2:

i. Dari dashboard > design > page element > add a gadget > HTML/javascript

ii. Copy dan paste kod di bawah dalam ruangan HTML/javascript yang anda telah buka
<script type="text/javascript">
//<!--
$(document).ready(function() {$(".w2bslikebox").hover(function() {$(this).stop().animate({right: "0"}, "medium");}, function() {$(this).stop().animate({right: "-250"}, "medium");}, 500);});
//-->
</script>
<style type="text/css">
.w2bslikebox{background: url("http://3.bp.blogspot.com/-KdSAuv-K7HM/To_WXoWHzJI/AAAAAAAAGvg/5UvL10LUe_k/facebook.png") no-repeat scroll left center transparent !important;display: block;float: right;height: 270px;padding: 0 5px 0 46px;width: 245px;z-index: 99999;position:fixed;right:-250px;top:20%;}
.w2bslikebox div{border:none;position:relative;display:block;}
.w2bslikebox span{bottom: 12px;font: 8px "lucida grande",tahoma,verdana,arial,sans-serif;position: absolute;right: 6px;text-align: right;z-index: 99999;}
.w2bslikebox span a{color: #808080;text-decoration:none;}
.w2bslikebox span a:hover{text-decoration:underline;}
</style><div class="w2bslikebox" style=""><div>

<iframe src="http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?href=URL PAGE ANDA&amp;width=245&amp;colorscheme=light&amp;show_faces=true&amp;connections=9&amp;stream=false&amp;header=false&amp;height=330" scrolling="no" frameborder="0" style="border: medium none; overflow: hidden; height: 330px; width: 245px;background:#fff;"></iframe><span><a href="http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/10/tutorial-sembunyikan-fb-fan-page-di.html">Tutorial Here</a></span></div></div>   

Nota: Gantikan "URL PAGE ANDA" dengan url blog korang
iii. Save dan lihat hasilnya.:)..selamat mencuba..

Apakah Bukti Sahih Pemuda Itu Adalah Imam Mahdi?


Imam asy-Syaukani menyenarai hadith-hadith dan riwayat-riwayat berkenaan Imam Mahdi, dan beliau mengatakan: "...jumlah kesemua hadith dan riwayat yang dapat kita kumpulkan mencapai darjat 'mutawatir' bila ditelaah secara mendalam..." [Kitab al-Fath ar-Rabbani asy-Syaukani]

Menurut sebuah hadith, zaman umat Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada lima bahagian mengikut kerangka masa.
"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkaynya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam." {1}
Kelima-lima bahagian kerangka masa zaman umat Nabi Muhammad SAW hampir sempurna semuanya, dimana hanya tinggal bahagian kelima yakni zaman Khilafah - dipimpin oleh seorang pemuda yang dimuliakan Allah SWT dalam satu malam - Imam Al-Mahdi. Betapa besarnya harapan umat Islam terhadap pemimpin Khilafah di akhir zaman ini, hinggakan muncul pula golongan dalam umat Islam yang begitu taksub hingga membawa mereka menjurus kepada kesesatan.

    1) Muncul pihak yang mendakwa "seseorang" itu adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan berdasarkan HANYA beberapa ciri-ciri inidividu itu.
    2) Ada juga individu yang mendakwa dirinya adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan.

Walhal, telah wujud ijma' dikalangan ulama Ahl Sunnah Wal Jamaah (mengenai hadith-hadith sahih) tentang Al-Mahdi yang mana wajib untuk kita percaya kepadanya.
AL-MAHDI TERMASUK PERSOALAN AQIDAH
Dalam pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Imam Mahdi termasuk di dalam soal aqidah Islam. Umat Islam wajib mpercayai dan meyakini sebagaimana yang telah dikhabarkan secara mutawatir di dalam hadith-hadith Nabawi. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr secara jelas menyebut, maksudnya :
Dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu ambil dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu jauhi." (Surah al-Hasyr:7)
Berdasarkan ayat diatas, jelaslah, apa sahaja yang dibawa dan dikhabarkan oleh Rasulullah SAW wajib diimani. Dan menafikan apa yang diucap atau diperakui oleh Rasulullah SAW (seperti mengatakan bahawa al-Mahdi bukan termasuk soal aqidah) samalah seperti menafikan beriman kepada Rasulullah SAW. Walhal, setiap apa yangg dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.
Ibn Hazm dalam Kitab Muratibul Ijma' menjelaskan bahawa :

"Ulama Islam telah Istifaq dan Ijma', bahawa sabdaan Rasulullah apabila telah sah dan benar bahawa itu adaah sabda Rasulullah dengan yakin, maka ia wajin kita ikuti."

Al-'Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsar ketika mengulas perkataan Ibn Hazm di dalam kitabnya Nadzratun Ibaratun :

"Dihukum KAFIR sesiapa yang ingkar dengan hukum yang ada ijma' (sepakat) padanya dengan ijma' yaqini (kesepakatan yang diyakini), bukan ia diiktibarkan kufur dari segi ijma', bahkan dihukum kafir dari segi ia engkarkan perkara yang tersabit (muktamad) dalam agama dengan ilmu dharuri dan ijma' yaqini itu mestilah ia bersandarkan kepada AL-QURAN dan HADITH MUTAWATIR, maka orang yang engkar akan hukum yang tsabit dgn al-Quran atau hadith mutawatir bukan sahaja ia engkarkan ijma', bahkan ia engkarkan al-Quran dan hadith mutawatir."

Manakala, Al-'Allamah As-Safarini, di dalam kitab tauhidnya yang terkenal, ad-Duratul Mudhiyatu Fi Aqidatil Firqatil Mardhiya ketika memberi komentar tentang pengzahiran Imam Mahdi menyebut :

"Adapun beriman dengan keluarnya Imam Mahdi itu adalah wajib sebagaimana yang telah ditetapkan pada ilmu ahli tauhid dan telah dituliskan dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah."

Persidangan Jamaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan turut mengeluarkan fatwa yang berbunyi :

"Setelah mengkaji dan berbincang dgn panjang lebar. Maka Jamaah Ulama bersetuju memfatwakan seperti berikut : 1. Orang Islam sayugia (wajib sentiasa) beri'tiqad lahirnya Imam mahdi akan datang. 2. Imam yang dimaksudkan itu berupa khalifah yang memerintah dunia 3. Imam al-mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah SAW yg akan dibai'ahkan di antara Rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim {2} 4. Tentang dimanakah duduknya Imam Mahdi itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui" {3}

HADITH-HADITH YANG MEMBUKTIKAN PEMUDA ITU ADALAH IMAM MAHDI


1. Musim Haji Berdarah Di Mina

Negara Arab sebelum itu sudah menjadi perhatian dunia kerana konflik dalaman dan perebutan kuasa yang berlaku di negara tersebut setelah kewafatan Raja Haramain (Arab Saudi). {4} Urusan Haji pada tahun tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana berlaku rompakan dan kematian. Ada seperti tindakan sabotaj yang mahu memburukkan pimpinan pengganti Raja yang mengambil alih pada masa itu. Sabda Nabi Muhammad SAW;

"Sebelum pembaiatan al-Mahdi di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian al-Mahdi mengenai sikap dan perampasan mereka terhadap jemaah haji di Mina."

Diriwayatkan oleh 'Amr ibn Shu'ayb, al-Hakim dan Nu'aym ibn Hammad ; "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul tanpa seorang Imam. Orang-orang yang naik haji akan dilempari dan akan ada sebuah peperangan di Mina yang menyebabkan banyak orang terbunuh dan darah akan mengalir sampai Jumratul Aqabah."

Imam Mahdi tidak akan dibaiat sehinggalah umat manusia yang sedang mengerjakan haji dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan orang-orang yang sengaja mahu membunuh mereka. Kumpulan yang membunuh jemaah haji itu adalah dari kalangan orang-orang Syiah kerana hanya orang-orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kota suci Makkah. Disebutkan dalam hadis ini ada kabilah yang merampas - ia sekaligus menunjukkan bahawa mereka itu juga adalah orang-orang Islam, mereka masuk ke Makkah dengan tujuan zahirnya untuk mengerjakan haji, kemudian semasa di Mina mereka membunuh sebanyak mungkin jemaah haji. Selain membunuh jemaah haji, mereka juga cuba untuk merampas kuasa di Makkah, dengan tujuan dapat menguasainya dan sekali gus menghalang kemunculan Imam Mahdi yang sebenar (bukan dari kalangan mereka), yang kemunculannya sudah amat pasti saat itu. {5}

Sementara, kitab Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman {6} pula menyebut : "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji tanpa seorang imam yang memimpin mereka. Peperangan besar akan pecah ketika sampai ke Mina dan mereka dilempari seperti anjing dilempari dan suku-suku saling menyerang satu dengan lainnya. Perselisihan ini meluas sehingga kedua kaki terkubur di genangan darah."

Pada tahun 1979, sebuah pembantaian ketika musim haji yang sangat mirip dengan kenyataan di atas telah terjadi berhampiran. Menariknya, pembantaian ini terjadi pada permulaan period sepanjang tanda-tanda kemunculnya Imam Mahdi, iaitu hari pertama 1400 Hijriyah (21 November 1979). Hadits-hadits ini juga menyebut tentang pertumpahan darah dan pembantaian. Pembunuhan ke atas 30 orang sepanjang pertempuran antara tentera Arab Saudi dan penganut Syiah yang melakukan rusuhan selama tempoh itu secara tidak langsung telah memperkuat lagi kebenaran hadits ini. {7}
Jika dilihat dari sudut sejarah, keganasan penganut Syiah pada musim haji adalah perkara yang biasa kerana :

    1. Pada musim haji tahun 1979, Khomeini telah mengarahkan kaum kuffar Rafidah - menyamar sebagai kaum muslimin pergi menunaikan haji. Mereka lalu mengadakan rusuhan serta mencemarkan perkuburan Baqi’ (tanah perkuburan para Sahabat Rasulullah SAW).
    2. Pada Februari 2009, kaum Rafidah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan sekali lagi menceroboh perkuburan Baqi’ serta memijak-mijak kubur para Sahabat Rasulullah SAW.   

3. Bukti lain keganasan puak Syiah juga boleh dilihat pada kubah Masjid Nabawi yang mana hingga kini masih kekal jasad seorang penganut Syiah yang cuba mencuri jasad Rasulullah SAW.

Dan ingatlah bahawa telah dinyatakan di dalam hadith, salah satu peperangan yang akan dilalui oleh Imam Mahdi adalah perang menentang Parsi iaitu bumi Iran kini:

"Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan." {8}

                                                    2. Tempat Imam Mahdi Dibai'ah 
Menurut Syeikh Nu'aim bin Hammad (guru Imam Bukhari) dalam himpunan atsar akhir zaman, orang yang akan membai'ahnya bukanlah daripada kalangan orang awam, bahkan terdiri daripada kalangan ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT yang didorong mencari Imam Mahdi.Kerja mencari Imam Mahdi bukan kerja kita. Ia adalah kerja orang pilihan Allah SWT. Mereka yang dipilih Allah SWT itu mestilah dikalangan orang soleh dan para kekasih Allah SWT kerana hanya mereka sahaja yang nampak ciri-ciri sebenar Imam Mahdi. Melalui ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka akan dapat mengecam pemuda yang bakal menjadi Imam Mahdi itu.

Oleh kerana akhlak Imam Mahdi menyerupai akhlak Rasulullah SAW maka para kekasih dan aulia Allah SWT adalah mereka yang layak berada disamping pembaiatannya. mereka bukan sahaja faqih, alim, soleh dan aulia Allah SWT, bahkan mencintai Nabi Muhammad SAW. Mereka pernah dan sudah melihat akhlak Nabi SAW di dalam mimpi-mimpi mereka, kerana melihat nabi di dalam mimpi adalah benar. {9}

Kehadiran ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT di Bait Allah SWT (Kaabah) pada saat itu atas dorongan yang tidak dapat dihuraikan. Ia seperti kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang berhimpun lari dari kekejaman Raja Diqiyanus - mereka berhimpun di tempat yang sama, padahal dikalangan mereka tidak mengenali  antara satu sama lain tetapi mempunyai tujuan sama. {10}

Di dalam Musnad Imam Ahmad, beliau mengeluarkan sebuah hadith daripada Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Diberikan bai'ah kepada seorang lelaki di tempat antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim) dan tidak ada yang menduduki Bait Allah (pada masa itu) kecuali yang berhak melakukannya."

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :

"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." {11}

Hadith di atas boleh menjadi SATU BUKTI YANG AKAN MENSAHIHKAN bahawa individu yang dibai'at itu adalah Imam Mahdi yang sebenar-benarnya.

3. Pasukan Khas Mencari Dan Membunuh Imam Mahdi Dimusnahkan Oleh Allah SWT

Bukti lain yang mensahihkan pembai'atan Al-Mahdi adalah sabda Nabi Muhammad SAW - akan ada bukti pertolongan Allah SWT yang akan dihebahkan ke seluruh pelusuk dunia iaitu tentera yang mahu menghancurkan Imam Mahdi akan ditenggelamkan di Baida'. {12}

Daripada Syyidah Aisyah Ummul Mu'minin r.a telah berkata :

"Pada suatu ari tubuh Rasulullah SAW bergetar di dalam tidurnya. Lalu aku bertanya; "Mengapa engkau berkeadaan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawap; "Akan terjadi suatu keanehan iaitu sekelompok orang daripada umatku akan berangkat menuju Bait Allah (rumah Allah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang sedang mengunjungi Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka mereka ditelan bumi." Kemudian aku bertanya; "Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?" Baginda menjawap; "Benar, di antara mereka yang ditelan tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka dibinasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza. Kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit (Kiamat-Hari Pengadilan), menurut niat masing-masing." {13}


Dan ketika itu, sahihlah pemuda itu adalah Imam Mahdi yang dibantu oleh Allah SWT. Tenggelamnya tentera atau pasukan khas yang mahu membunuh Imam Mahdi akan disiarkan ke seluruh dunia melalui hebahan media massa terutamanya TV. {14}

4. Munculnya Api Yang Membakar Hijjaz

Satu lagi tanda besar yang mengamit perhatian dan pengesahan bahawa Imam Mahdi telah zahir pada waktu itu ialah munculnya api besar yang membakar tanah Hijjaz. Kemunculan api ini memang ada disebutkan dalam hadith Nabi SAW. Namun api yang dinyatakan di atas bukanlah api yang muncul pada 654 M tetapi api yang akan muncul di akhir zaman seiring dengan kezahiran Imam Mahdi. Ia berdasarkan pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani yang berpendapat bahawa api itu akan terjadi dua kali. Yang pertama, pada abad ke-7 H (sepertimana yg disebut oleh kebanyakan ulama). Manakala yang kedua akan terjadi di akhir zaman nanti. {15}

Sekadar catitan - Hujahan daripada buku Menyongsong Imam Mahdi : Sang Penakluk Dajjal yang dipetik daripada buku Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta karya Abu Fatiah Al-Adnani, menyebut {16}:

...Pasukan besar yang bergerak dari segala penjuru Jazirah Arab itu, berikut yang datang dari sekitarnya, juga yang datang dari luar Jazirah Arab, selamanya tidak akan dapat menjejakkan kaki di Makkah al-Mukarramah. Sebab penghancuran menggerikan atas pasukan as-Sufyani dan bencana besar akan terjadi dalam bentuknya yang tidak pernah terbayangkan dalam fikiran manusia waima yang terpintar. Api akan menyala berkobar-kobar secara tiba-tiba di seluruh penjuru Jazirah Arab...(diringkaskan) adalah api Hijjaz yang diwartakan oleh Nabi SAW menerusi sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah {17}; "Kiamat tidak akan terjadi sampai muncul api dari tanah Hijjaz yang menerangi punuk-punuk unta di Bushra." {18}

Menurut pendapat yang kuat, api ini bukanlah api yang menyala pada pertengahan abad ke-8 atau lebih tepat iaitu pada tahun 654 H. Imam An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslimnya mengatakan ; "Di zaman kami menyala api di Madinah pada 657 H. Api sangat besar itu muncul dari pinggir Madinah, di belakang Harrah. Berita tentangnya sampai ke Syam dan negeri-negeri lain secara berantai..." {19}

Ibn Katsir dan Al-Qurthubi menceritakan keadaan munculnya api ini dengan panjang lebar dalam kitab masing-masing, al-Bidayah wa al-Nihayah dan At-Tadzkirah. Dinyatakan juga bahawa api itu dapat dilihat dari Makkah dan pembukitan Bushra. Seorang lagi pemikir Muslim, Yusuf Abdullah al-Wabil, turut mengemukakan pendapat yang sama, bahawa api itu bukanlah api yang dimaksudkan dalam riwayat di atas.

Dalam pada itu, tanda-tanda yang disebut kemunculan bintang berekor, gerhana bulan dan matahari di dalam bulan Ramadhan, terjadinya pertumpahan darah dalam musim Haji, dan kewafatan Raja Haramain (Raja Arab Saudi) adalah tanda dekat kemunculannya.

Justeru, jika ada yang mengaku bahawa dia adalah Imam Mahdi atau sudah bertemu dengan Imam Mahdi, buat masa ini abaikan sahaja, dan berlapang dada dengan dakwaan seperti itu. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah yang jelas kepada kita semua. Seperkara lagi yang perlu kita ingati adalah "Imam Mahdi sendiri tidak akan mengetahui bahawa dirinyalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan." Dan ketika umat Islam ingin membai'ahnya, 'dia' tidak akan menyukainya. Hal ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam hadith-hadith yang telahpun kita bincangkan.

Wallahualam bissawab
_________________________________________
1. Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah
2. Lihat juga Fatwa-Fatwa Mufti Johor, 159
3. Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, 184
4. Daripada Abu Daud, daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAw bersabda ; "Akan terjadi persengketaan saat kematian seorang khalifah, lantas keluarlah seorang penduduk Madinah berlari menuju ke Makkah. Maka beberapa orang penduduk Makkah mendatanginya dan mengeluarkannya namun dia tidak suka. Mereka membai'ahnya di antara rukun (Yamani) dengan maqam Ibrahim. Lalu berangkatlah satu pasukan tentera daripada Syam untuk mengejarnya. Maka mereka ditelan bumi di daerah Baida' antara Makkah dan Madinah...". (Hadith Riwayat Abu Daud: Kitabul Mahdi, no : 3737 dan al-Hakim Kitabul Fitan, no : 8446. Dan juga Imam Ahmad, Ibn Rahawaih, Ibn Abu Syaibah dan At-Thibrani, dinyatakan sahih oleh al-Haitsami, Ibn Qayyim, asy-Syaukani, Shiddiq Hassan Khan dan Ahmad Syakir.)
5. Ustaz Hawari bin Abdul Malik, Imam Mahdi : Rahsia Kegemilangan Umat Islam Pada Zaman Moden, Bab 2, Bhg 'Tanda-tanda Sangat Hampir Kemunculannya', hlm 197
6. Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hlm 35
7. Harun Yahya, The End Time and Hazrat Mahdi 8. Hadith Riwayat Muslim 5161
9. Imam Mahdi hanya menyamai akhlak Rasulullah SAW sahaja, bukannya wajah baginda. Hal ini berdasarkan pada hadith daripada Hudzaifah yang dikeluarkan oleh Abu na'im dan ahdith daripada Ibn Masud yang dikeluarkan oleh at-thibrani dengan isnad yang "sahih"
10. Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik, hlm 211
11. Hadit Riwayat Abu Daud dalam Sunannya (4/475, hadith 4286); Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (6/316); Hadith Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya di dalam Mawarid adz-Dzaman (hlm 464, hadith 1881). Hadith Riwayat At-Thibrani dalam Mu'jam al-Ausath (2/90, hadith 1175). hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibn Abi syaibah dan Abu Yu'la. Al-Haitami berkata,"Para perawi hadith ini merupakan perawi hadith sahih." Lihat Majma' az-Zawaa'id (7/315).
12. Ada sesetengah pendapat mengatakan di Miqat Bir Ali.
13. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari pada kitab al-Buyu'. Riwayat Muslim pada kitab al-Fitan bab 'Pembenaman Tentera Yang Menuju Ke Bait Allah.'
14. Hal ini amat sesuai jika kita mengambilkira berdasarkan keadaan semasa dimana hebahan media massa sangat mempengaruhi kebanyakan orang awam-tidak hanya di suatu tempat malah seluruh dunia. Lihat Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik, hlm 212
15. Lihat Fathul Bari XII/101
16. Abu Fatiah Al-Adnani, Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta, hlm 226
17. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya, bab 'Fitnah', sub-bab 'Keluarnya Api'.
18. Bushra disini bukanlah Bashrah, yang terakhir kali dikatakan terdapat di Iraq. Sebaliknya, Bushra adalah sebuah kota yang terkenal di Syam (juga disebut Hauran), tidak jauh dari Damaskus. (Lihat Mu'jamul Buldan 1:441 Syarah Muslim 18/30 dan Fathul Bari 13/80
19. Menyongsong Imam Mahdi Sang Penakluk Dajjal, hlm 87-90

motorsikal termahal di dunia


sejarah pembuatan motorsikal bermula pada pertengahan abad kedua,sylvester howard roper dari amerika membuat motosikal pertama pada tahun 1860-an.oleh kerana penggunaannya semakin meningkat,enjin dan kerangka motor menjadi lebih besar,mantap,lebih laju,berteknologi serta menjadi makin mahal harganya
berikut senarai antara 10 motosikal yang termahal di dunia
10. Confederate B120 Wraith – $92,500
motosikal ini memiliki 125.00 HP (91.2 kW, 176,28 Nm (18,0 kgf-m atau 130,0 ft.lbs dan kelajuan terpantasnya masih belum dapat dipastikan

9. Vyrus 987 C3 4V – $103,769
Vyrus 987 C3 4V dipacu oleh enjin 1.200 cc Ducati supercharged yang menghasilkan 211 tenaga kuda, motosikal ini beratnya hanya 350 paun. Dengan Alutex diganti dengan serat karbon.
8. MV Agusta F4CC – $120,000
MV Augusta F4CC motorsikal Ini di ciptakan Claudio Castiglioni. MV-Augusta F4CC dilengkapi dengan enjin 1.o78 cc dan menghasilkan 198 kuasa kuda dengan kelajuan hingga 315 kilometer per jam. MV-Augusta F4CC Hanya di buat 100 unit.dengan dan setiap motosikal ini memiliki nombor siri.
7. NCR MH TT (Mike Hailwood) – $130,000
Teknologi terbaru NCR Mike Hailwood TT dibuat Hanya 12 buah sahaja.
6. NCR Leggera 1200 Titanium Special – $145,000
 NCR Leggera 1200 Titanium adalah hypermotard paling ringan di dunia. Jika Ducati Hypermotard 1100 berat 172 kg, berat NCR Leggera 1200 Titanium hanya 115 kg.
5. Icon Sheene – $172,000
Icon Sheene dibuat oleh Andrew Morris sebagai penghormatan terhadap juara Grand prix legenda, Barry Sheene, yang meninggal pada tahun 2003. Icon Sheene menggunakan mesin turbocharged 1200cc, motosikal ini boleh menghasilkan tenaga 250 hp. Motor ini akan dilukis oleh pelukis helm sheene, Mike Fairholme. uniknya motorsikal ini akan dipesan terlebih dahulu,untuk disesuaikan dengan kehendak pembeli
4. MTT Turbine Streetfighter – $175,000
MTT Turbine Streetfighter Dipacu oleh enjin-Royce Allison Rolls turbin gas,
Model MTT Turbine
3. NCR Macchia Nera Concept – $225,000
NCR Macchia Nera Concept The Ultimate Track Bike dengan konsep indah+sederhana. Dipacu oleh enjin 998R Ducati yang menghasilkan 185 kuasa kuda. enjin testastretta ini di lengkapi dengan paduan logam seperti titanium dan aluminium, sehingga sangat ringan. Berat motosikal ini hanya 297 pon.
2. NCR M16 – $232,500
NCR M16 sprort frame serat karbon,dengan berat hanya 145kg(319 paun)enjinnya mampu menghasilkan sehingga 200 kuasa kuda.
1. Ecosse Titanium Series FE Ti XX – $300,000
Motor paling mahal baru di dunia adalah Ecosse Titanium Series FE Ti XX Superbike, harga $ 300.000. enjin 250 kuasa kuda puts out, yang merupakan angka tertinggi untuk hp Ecosse. Hanya tiga belas unit akan dikeluarkan,  Ecosse Titanium Series yang sangat eksklusif.mempunyai tempat duduk yang dibuat dari kulit berkualiti tinggi dari Berluti,


artis malaysia di ask-2011

ini adalah antara gambar-gambar artis malaysia di red carpet anugerah skrin 2011 yang baru saje selesai sebentar tadi.tahniah kepada artis-artis yang menang,kredit juga kepada tv3 kerana telah menganjurkan anugerah ini dengan jaya nya...













lagi gambar-gambar menarik di ASK 2011 disini

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *