PERMATA DUNIA.

Wanita memandu galakkan zina?!

RIYADH -- Satu laporan diberikan kepada Majlis Syura di Arab Saudi mendakwa, membenarkan golongan wanita di negara itu memandu boleh menggalakkan zina, menurut aktivis, kelmarin.

Laporan itu dilihat sebagai tekanan kepada pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah supaya mengekalkan undang-undang yang melarang wanita di negara itu daripada memandu sebarang kenderaan.

Aktivis Arab Saudi berkata, laporan disediakan ahli akademik terkenal negara itu, Kamal Subhi diberikan kepada Majlis Syura, iaitu badan yang bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin negara.
“Membenarkan wanita memandu akan menggalakkan percampuran jantina dan boleh membawa kepada seks di luar perkahwinan,” menurut laporan itu.

Wanita Arab Saudi mengadakan beberapa protes, tahun ini, bagi menuntut pembubaran larangan memandu ke atas mereka di negara itu.

Raja Abdullah juga sejak kebelakangan ini dilihat mula bersedia untuk melakukan beberapa perubahan di Arab Saudi termasuk membenarkan wanita mengundi dalam pilihan raya bermula 2015.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *