PERMATA DUNIA.

superhero malaysia!!!

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan dan idea orang muda bagi membangunkan negara.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, generasi muda perlu sedar bahawa mereka sebenarnya boleh membuat perubahan kepada negara.

“Belia boleh disifatkan sebagai ‘superhero’ sebab mereka mempunyai kuasa untuk mengubah dan jika setiap ‘superhero’ ini berganding tenaga dengan kerajaan, program transformasi lebih mudah menjadi realiti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam program ‘Youth Defined: Shape Our Future’ yang disertai 500 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi MyHarapan, Roslan Bakri Zakaria.

Najib berkata, kerajaan juga terbuka untuk kritikan positif kerana kunci kepada kejayaan negara ialah tawaran penyelesaian terhadap keperluan rakyat.

“Pada masa sekarang, kekuatan sesebuah kerajaan bukan disebabkan faktor ketenteraan, sebaliknya minda dan ilham yang dapat dijadikan kenyataan demi manfaat rakyat.
“Sebab itu, kita sentiasa mendengar rakyat dan belia sebagai sebahagian daripada proses pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sekarang berusaha keras untuk memajukan negara demi masa depan generasi mudanya.

“Kami mahu mewariskan negara yang kukuh, kaya dan boleh dibanggakan kepada generasi masa depan. Saya ingin bekerja bersama anda dan saya ingin mendengar daripada anda semua, ini bukan retorik, tetapi apa yang boleh dilaksanakan dengan tindakan serta kekuatan,” katanya

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *